+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

    AYER KEROH, 13 SEPTEMBER 2017 - Seramai hampir 4,000 orang Penjawat Awam dan Kakitangan Badan Berkanun telah hadir di Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. Majlis dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Haron turut hadir barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan juga Baca selanjutnya
  • NAJIB LANCAR IKON 1 MALAYSIA NEGARAKU

    PUTRAJAYA, 23 OGOS 2017 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku yang menggabungkan inisiatif 1Malaysia dan Negaraku Malaysia dalam satu lambang. Najib berkata, inisiatif 1Malaysia yang dilancarkan sejak 27 Jun 2009 telah sebati dengan rakyat Malaysia manakala inisiatif Negaraku Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini Baca selanjutnya
  • IKON BAHARU 1 MALAYSIA NEGARAKU

    PUTRAJAYA, 18 OGOS 2017 – Ikon 1Malaysia yang baharu diserahkan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salleh Said Keruak, Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam satu majlis ringkas di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini. Penyerahan ini disaksikan oleh YBhg. Tan Sri Lim Kok Wing selaku Baca selanjutnya
  • RTM HENTIKAN LAGU 'DESPACITO' SERTA MERTA

    KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2017 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberhentikan serta-merta siaran lagu hit antarabangsa, Despacito, di semua stesen radio dan saluran televisyen miliknya. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata lagu itu dinilai semula oleh panel penilai RTM susulan aduan awam dan mengambil keputusan untuk menarik Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 8 SEPTEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 8 SEPTEMBER 2017 

HEBAHAN

 

SEGMEN RADIO

  • GEGAU PAGI 6.00-10.00 PAGI

    GEGAU PAGI 6.00-10.00 PAGI

    Gegau Pagi anda di ceriakan dengan penyampai Radio MelakaFM iaitu DJ Amy, DJ murni atau lebih dikenali sebagai Cikgu Murni
  • AM 10 SATU 10.00 PAGI-1.00 TENGAHARI

    AM 10 SATU 10.00 PAGI-1.00 TENGAHARI

    AM10satu bersama Penyampai radio MelakaFM iaitu DJ Izad bermula jam 10pagi sehingga 1petang disikan dengan temu-ramah bersama jabatan di negeri
  • PM SATU 5 1.00-5.00 PETANG

    PM SATU 5 1.00-5.00 PETANG

    PM SATU 5 bersama DJ DAIM melengkapi hari anda dari jam 1 sehingga jam 5 petang.
  • MFM 5 LAPAN 5.00 PETANG-8.00 MALAM

    MFM 5 LAPAN 5.00 PETANG-8.00 MALAM

    MFM 5 LAPAN anda bermula jam 5 petang sehingga 8 bersama DJ Azizi disertakan program program seperti Travel Log Pelancongan
  • HITS 8.00-12.00 MALAM

    HITS 8.00-12.00 MALAM

    Temani malam anda bersama DJ Peai,DJ Muzz dan juga Fazz di Segmen Hits bermula jam 8 malam sehingga 12malam di
  • BULETIN & BERITA MELAKAFM

    BULETIN & BERITA MELAKAFM

    Dengarkan Berita dari dalam dan luar negara di Radio Melaka FM yang menyiarkan maklumat berfaedah ,Tepat,Cepat dan Sahih setiap hari

INSTAGRAM @MELAKAFM

PEMASANGAN 16 KAMERA ROBOTIK TINGKAT SISTEM PENYIARAN

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2017 - Sebanyak 16 kamera robotik dipasang, masing-masing sembilan di Dewan Rakyat dan tujuh di Dewan Negara, bagi meningkatkan sistem penyiaran persidangan menggunakan format resolusi tinggi (HD). Ketua Pentadbir Parlimen, Datuk Awang Alik Jeman berkata, sistem tersebut menggunakan kabel gentian optik untuk menampung isyarat video berformat HD bagi menghasilkan gambar yang jelas.

"Penggunaan kamera robotik telah banyak digunakan pelbagai agensi dalam dan luar negara seperti di Parlimen Australia, Masjidil Haram, Makkah, istana ...ia juga selaras dengan perubahan teknologi dari sistem analog kepada digital," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan projek itu di Parlimen, hari ini. Projek kamera robotik tersebut adalah projek khas yang melibatkan kerjasama antara Radio Televisyen Malaysia (RTM),

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Parlimen, yang mana kamera yang digunakan bagi tujuan rakaman dan siaran langsung akan dikawal dari studio menggunakan teknologi robotik.Awang Alik berkata, RTM akan menguruskan operasi sistem penyiaran itu yang akan mula digunakan pada Mesyuarat Kedua Dewan Rakyat pada 24 Julai ini serta majlis-majlis rasmi Parlimen manakala bagi tujuan penyelenggaraan peralatan pula akan diuruskan pihak Parlimen.

Beliau berkata, penggunaan sistem penyiaran itu juga dapat meningkatkan imej Parlimen sebagai institusi perundangan yang tertinggi dalam negara yang turut menerima kunjungan hormat pembesar serta anggota Parlimen luar negara. - Bernama

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill