+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • IDRIS PUJI RTM MELAKA LAKSANAKAN SIARAN LANGSUNG

    AYER KEROH, 2 DISEMBER 2017- Unit Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron apabila berjaya mengendalikan siaran langsung secara terus ke TV1 dari negeri ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai peralatan penyiaran yang lengkap seperti di Angkasapuri, Baca selanjutnya
  • JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER DITUBUHKAN

    KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2017 - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan bagi membanteras dan menangani jenayah siber di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan dapat diselaraskan Baca selanjutnya
  • HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

    KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Baca selanjutnya
  • RAKYAT PERLU TOLAK BERITA PALSU

    KUANTAN, 5 NOVEMBER2017 - Kerajaan memandang serius penularan dan penyebaran berita palsu yang tidak mempunyai integriti sekali gus menjadikannya satu cabaran dalam mengatasinya. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kerjasama rapat antara agensi berita berkaitan diyakini dapat menangkis dan menghalang sebarang perbuatan penyebaran terutama fitnah daripada Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

HEBAHAN

 

INSTAGRAM @MELAKAFM

 

PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 13 SEPTEMBER 2017 - Seramai hampir 4,000 orang Penjawat Awam dan Kakitangan Badan Berkanun telah hadir di Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.
Majlis dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Haron turut hadir barisan EXCO Kerajaan Negeri,
Ketua-Ketua Jabatan dan juga Penjawatan Awam seluruh Negeri Melaka. Ibrahim, selaku Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Melaka, kerana diberikan kepercayaan menjadi urusetia penganjuran Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka.

Ibrahim berkata, RTM telah menjangkau usia 71 tahun kewujudannya."saluran yang sedia ada dioptimumkan untuk mencanang berita terkini dan tepat kepada rakyat, ujarnya.
Pelbagai program RTM melalui Melaka FM telah diwujudkan untuk menyentuh hati, nadi serta naluri rakyat. Ibrahim juga telah berikrar serta janji setia RTM melalui Melaka FM
untuk turun padang menjejaki setiap jejak langkah Ketua Menteri untuk memantau peranan dan penglibatan Kerajaan Negeri secara tuntas dan konsisten
Idris berkata, setiap penjawat awam di negeri ini wajar menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh bertanggungjawab dan ceria serta reda." Orang yang tidak suka
dengan kerja akan menghadapi tekanan yang tinggi sepanjang perkhidmatan mereka, ujarnya. Beliau juga merakamkan penghargaan kepada pasukan Sukan SEA khususnya dalam kalangan anak watan Negeri Melaka yang telah menyumbang pingat sepanjang berlangsungnya sukan berkenaan." Kerajaan Negeri juga memberikan lebih kurang RM8,000 kepada setiap anak watan Melaka yang berjaya menyumbang pingat di sukan SEA baru-baru ini" katanya.

Beliau berkata, sambutan kemerdekaan tahun ini amat bermakna kususnya di Melaka." Kita mengimbau kembali keperitan dan penguasaan penjajah khususnya Belanda dan Protugis di Negeri ini" katanya. Idris juga merujuk kepimpinan Hitler dan Jepun yang bersikap kuku besi serta menghalang penyiaran informasi tempatan dalam kalangan rakyat di negara yang dijajah oleh kuasa-kuasa luar. Beliau berkata, tujuan penyebaran maklumat penyiaran adalah untuk menyampaikan informasi kepada rakyat berkenaan tanggungjawab serta projek yang telah dan sedangkan dilakukan oleh kerajaan.Idris juga menyeru agar rakyat lebih celik serta bijak menilai setiap inci maklumat yang diterima dan disebarkan oleh pelbagai sumber berita, " saya yakin RTM boleh menjadi sumber utama berita yang berkualiti serta menjadi pilihan utama rakyat di negara ini" katanya. Beliau juga mengucapkan penghargaan kepada MMU kerana memberikan beliau pengiktirafan tertinggi Sains" saya kembalikan segala pengiktirafan kepada rakyat negeri Melaka, "katanya.

Beliau juga menyatakan Negeri Melaka telah banyak menerima anugerah dalam negara dan juga luar negara. " kita berbangga Melaka telah berjaya menarik pelaburan dengan pendapatan RM22 .2 billion dalam masa 4 tahun, kita amat bersyukur dan berbangga dengan pencapaian ini" katanya. Beliau juga menyatakan pendekatan penonjolan inovasi dan teknologi sains telah membawa pelbagai kemajuan dan pencampaian dalam kalangan rakyat di negeri ini. Idris memohon rakyat memberikan sokongan padu kepada pentadbiran kerajaan Negeri Melaka dan juga Kerajaan yang sedia ada.
Beliau juga menyeru rakyat di negara ini mampu menghayati sambutan Hari Malaysia yang bakal disambut 16 September 2017" saya mohon dan merayu kepada rakyat berikanlah sokongan berterusan kepada kerajaan yang sedia ada, sebab kita telah membuktikan pelbagai pencapaian dan kejayaan yang sedia ada, "katanya. Idris juga memohon rakyat taat kepada segala perintah Allah swt dan setia kepada pemimpin yang sedia ada. Penghargaan juga diberikan oleh kerajaan kepada warga RTM sebagai badan penyiaran yang terbaik. Beliau juga mengucapkan Selamat Tahun Baru sempena sambutan Maal Hijrah 1439H.

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill