+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • JOM MENANGI 4 KEPING TIKET KL HOP-ON HOP OFF

    KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT  Baca selanjutnya
  • DJ JADI TUN TEJA

    MELAKA, 8 OKTOBER 2017 - Biarpun sekadar melakonkan watak anak Bendahara Pahang, Tun Teja, penyampai radio Melaka FM Murni Safinaz Abu Salim, 28, mengakui bukan mudah menghayati watak itu. Menurutnya, dia mengambil masa selama dua minggu untuk mengkaji dan menjiwai watak Tun Teja dari segi percakapan mahupun senyuman. “Selama dua minggu Baca selanjutnya
  • PERHIMPUNAN BULANAN PENTADBIRAN KERAJAAN NEGERI MELAKA

    AYER KEROH, 13 SEPTEMBER 2017 - Seramai hampir 4,000 orang Penjawat Awam dan Kakitangan Badan Berkanun telah hadir di Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka. Majlis dirasmikan oleh YAB Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ir. Hj. Idris bin Haron turut hadir barisan EXCO Kerajaan Negeri, Ketua-Ketua Jabatan dan juga Baca selanjutnya
  • NAJIB LANCAR IKON 1 MALAYSIA NEGARAKU

    PUTRAJAYA, 23 OGOS 2017 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan ikon 1Malaysia Negaraku yang menggabungkan inisiatif 1Malaysia dan Negaraku Malaysia dalam satu lambang. Najib berkata, inisiatif 1Malaysia yang dilancarkan sejak 27 Jun 2009 telah sebati dengan rakyat Malaysia manakala inisiatif Negaraku Malaysia yang dilancarkan baru-baru ini Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 12 OKTOBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 12 OKTOBER 2017 

HEBAHAN

 

SEGMEN RADIO

  • GEGAU PAGI 6.00-10.00 PAGI

    GEGAU PAGI 6.00-10.00 PAGI

    Gegau Pagi anda di ceriakan dengan penyampai Radio MelakaFM iaitu DJ Amy, DJ murni atau lebih dikenali sebagai Cikgu Murni
  • AM 10 SATU 10.00 PAGI-1.00 TENGAHARI

    AM 10 SATU 10.00 PAGI-1.00 TENGAHARI

    AM10satu bersama Penyampai radio MelakaFM iaitu DJ Izad bermula jam 10pagi sehingga 1petang disikan dengan temu-ramah bersama jabatan di negeri
  • PM SATU 5 1.00-5.00 PETANG

    PM SATU 5 1.00-5.00 PETANG

    PM SATU 5 bersama DJ DAIM melengkapi hari anda dari jam 1 sehingga jam 5 petang.
  • MFM 5 LAPAN 5.00 PETANG-8.00 MALAM

    MFM 5 LAPAN 5.00 PETANG-8.00 MALAM

    MFM 5 LAPAN anda bermula jam 5 petang sehingga 8 bersama DJ Azizi disertakan program program seperti Travel Log Pelancongan
  • HITS 8.00-12.00 MALAM

    HITS 8.00-12.00 MALAM

    Temani malam anda bersama DJ Peai,DJ Muzz dan juga Fazz di Segmen Hits bermula jam 8 malam sehingga 12malam di
  • BULETIN & BERITA MELAKAFM

    BULETIN & BERITA MELAKAFM

    Dengarkan Berita dari dalam dan luar negara di Radio Melaka FM yang menyiarkan maklumat berfaedah ,Tepat,Cepat dan Sahih setiap hari

INSTAGRAM @MELAKAFM

DJ JADI TUN TEJA

MELAKA, 8 OKTOBER 2017 - Biarpun sekadar melakonkan watak anak Bendahara Pahang, Tun Teja, penyampai radio Melaka FM Murni Safinaz Abu Salim, 28, mengakui bukan mudah menghayati watak itu. Menurutnya, dia mengambil masa selama dua minggu untuk mengkaji dan menjiwai watak Tun Teja dari segi percakapan mahupun senyuman.

 “Selama dua minggu saya menghabiskan masa membaca buku sejarah yang menceritakan sejarah kehidupan Tun Teja, selain menonton filem Melayu, termasuk filem lakonan P Ramlee, Hang Tuah. “Berdasarkan kajian yang saya lakukan, Tun Teja seorang yang lemah lembut dan manis senyumannya, tegas dan tidak mudah jatuh cinta namun bila mengenali Hang Tuah, hatinya mudah terpaut,” katanya, ditemui selepas program Ekspedisi Menyusuri Laluan Penarikan Bersejarah Tamadun Awal Melayu di Muzium Kesultanan Melayu Melaka, Banda Hilir, kelmarin.

Hadir sama ke program itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Naim Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri Datuk Wira Md Yunos Husin, Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP) Prof Datuk Wira Dr Mohd Jamil Mukmin dan Pengurus Besar Iksep Datuk Dr Aziz Ujang. Ekspedisi Menyusuri Laluan Penarikan Bersejarah Tamadun Awal Melayu itu diadakan lima hari empat malam bermula 2 hingga 6 Oktober lalu bagi mengimbau semula sejarah ketamadunan Melayu.

Dianggarkan lebih 500 peserta dari empat negeri Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Melaka menyertai program ini sambil berpakaian zaman kesultanan Melayu. Ekspedisi yang membabitkan belanja lebih RM200,000 itu anjuran kerajaan negeri melalui IKSEP mendapat kerjasama daripada tiga negeri lain, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor. Ekspedisi bermula dari Pekan, Pahang seterusnya ke Kampung Gancung Tengah diikuti ke Kampung Ibam dan bermalam di sana untuk menjalani beberapa aktiviti kemasyarakatan yang diatur bersama Orang Asli.

Pada keesokannya, peserta meneruskan perjalanan ke Kampung Jambu Lapan di Jempol, Negeri Sembilan yang bakal berlangsung gimik penarikan yang menjadi simbolik kepada ekspedisi ini. Peserta kemudiannya bergerak dari Kampung Jambu Lapan ke Jeti Kundang Ulu di Muar dan berhenti di Masjid Lama Kampung Olak Sepam, seterusnya ke Sungai Duyong, Melaka. Ekspedisi berkenaan tiba di Kompleks Kuarantin Kastam dan Imigresen (CIQ) Melaka pada jam 3.30 petang sebelum berarak melalui jalan Banda Hilir menuju ke lokasi terakhir iaitu, Muzium Kesultanan Melayu Melaka. Bagi Guru Silat Gayung Makrifat, Pangiran Nurdian Syah, 31, berkata, untuk membawa watak Hang Tuah dia perlu mendapatkan aura pahlawan legenda. - HARIAN METRO

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill