+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

    KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Baca selanjutnya
  • RAKYAT PERLU TOLAK BERITA PALSU

    KUANTAN, 5 NOVEMBER2017 - Kerajaan memandang serius penularan dan penyebaran berita palsu yang tidak mempunyai integriti sekali gus menjadikannya satu cabaran dalam mengatasinya. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kerjasama rapat antara agensi berita berkaitan diyakini dapat menangkis dan menghalang sebarang perbuatan penyebaran terutama fitnah daripada Baca selanjutnya
  • RTM PERLU LEBIH PROAKTIF SAMPAI MAKLUMAT TEPAT

    KUANTAN, 4 NOVEMBER 2017 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) perlu lebih proaktif turun ke lapangan bertemu orang ramai bagi menyampaikan maklumat tepat, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak. Beliau berkata perkara itu semakin penting dalam keadaan berlaku penularan berita tidak benar atau separuh tepat di Baca selanjutnya
  • DJ JADI TUN TEJA

    MELAKA, 8 OKTOBER 2017 - Biarpun sekadar melakonkan watak anak Bendahara Pahang, Tun Teja, penyampai radio Melaka FM Murni Safinaz Abu Salim, 28, mengakui bukan mudah menghayati watak itu. Menurutnya, dia mengambil masa selama dua minggu untuk mengkaji dan menjiwai watak Tun Teja dari segi percakapan mahupun senyuman. “Selama dua minggu Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 11 NOVEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 11 NOVEMBER 2017 

HEBAHAN

 

INSTAGRAM @MELAKAFM

 

HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia. "Mungkin yang penting kekerapannya (hebahan) harus kita tingkatkan kerana keadaan cuaca tidak seperti dahulu, susah diramal. "Kalau dahulu, kita tahu bulan berapa akan berlaku banjir tetapi sekarang, tidak kisah, ia boleh berlaku pada bila-bila masa," katanya kepada pemberita selepas melancarkan buku 'New Media Political Engagement and Participation in Malaysia' di bangunan Parlimen, hari ini. Dalam pada itu, Salleh berkata kementeriannya telah diminta untuk mengenal pasti dan mengambil langkah sekiranya berlaku gangguan talian komunikasi di kawasan terjejas banjir di Pulau Pinang dan Kedah. Bagaimanapun, katanya pihaknya tidak menerima sebarang aduan berhubung gangguan talian telekomunikasi pada masa ini.

Sementara itu, mengulas mengenai buku hasil tulisan Dr Saraswathy Chinnasamy berkenaan, Salleh menzahirkan rasa bangga kerana buku itu mendapat perhatian di peringkat antarabangsa selepas dilancarkan di United Kingdom dan Amerika Syarikat pada 6 Okt lepas. Saraswathy yang juga Felo Institut Pengajian Kewartawanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) ketika ditemui berkata buku terbitan penerbit berprestij dunia, Routledge Publisher berkisarkan hala tuju media perdana dan media sosial di Malaysia. "Buku ini juga melihat bagaimana rakyat menerima maklumat sama ada maklumat yang diterbitkan itu dibuat tanpa kesahihan atau telah di putar belit," katanya. Katanya, buku yang berharga RM560 itu menerima maklum balas yang baik di luar negara khususnya dalam kalangan ahli akademik kerana kekurangan bahan rujukan berhubung isu semasa dan politik Malaysia. - Bernama

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill