+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • IDRIS PUJI RTM MELAKA LAKSANAKAN SIARAN LANGSUNG

    AYER KEROH, 2 DISEMBER 2017- Unit Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron apabila berjaya mengendalikan siaran langsung secara terus ke TV1 dari negeri ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai peralatan penyiaran yang lengkap seperti di Angkasapuri, Baca selanjutnya
  • JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER DITUBUHKAN

    KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2017 - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan bagi membanteras dan menangani jenayah siber di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan dapat diselaraskan Baca selanjutnya
  • HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

    KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Baca selanjutnya
  • RAKYAT PERLU TOLAK BERITA PALSU

    KUANTAN, 5 NOVEMBER2017 - Kerajaan memandang serius penularan dan penyebaran berita palsu yang tidak mempunyai integriti sekali gus menjadikannya satu cabaran dalam mengatasinya. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kerjasama rapat antara agensi berita berkaitan diyakini dapat menangkis dan menghalang sebarang perbuatan penyebaran terutama fitnah daripada Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

HEBAHAN

 

INSTAGRAM @MELAKAFM

 

JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER DITUBUHKAN

KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2017 - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan bagi membanteras dan menangani jenayah siber di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan dapat diselaraskan di bawah satu jawatankuasa serta boleh dilaporkan terus kepada Jemaah Menteri.

"Pada masa ini, tidak ada satu agensi khusus yang menerajui penguatkuasaan berhubung isu jenayah siber," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Khas Jenayah Siber di Bangunan Parlimen di sini, hari ini. Katanya penubuhan jawatankuasa khas itu telah dipersetujui oleh mesyuarat Jemaah Kabinet 3 Nov lepas. Salleh berkata mesyuarat hari ini turut meluluskan fungsi-fungsi bagi Jawatankuasa Khas Jenayah Siber termasuk menjadi 'focal point' kepada Jemaah Menteri dalam urusan berkaitan jenayah siber, memberikan khidmat nasihat berkaitan dasar serta strategi menangani dan membanteras jenayah siber kepada Jemaah Menteri.

Selain itu, katanya ia bagi memastikan perkongsian maklumat yang efisien di antara agensi penguatkuasaan, mengoptimumkan pelbagai sumber terutama kepakaran di antara agensi penguatkuasaan, mengkaji keperluan menilai semula undang-undang sedia ada bagi menentukan tindakan penguatkuasaan yang lebih berkesan sesuai dengan perubahan teknologi maklumat; dan menyediakan laporan jawatankuasa untuk dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet. "Mesyuarat juga bersetuju bagi pembentukan satu Jawatankuasa Bertindak yang diterajui NACSA bagi membincangkan perkara-perkara untuk diputuskan pada peringkat jawatankuasa khas," katanya. Salleh berkata Jawatankuasa Khas Membanteras Penyalahgunaan Media Sosial akan digabungkan dengan Jawatankuasa Khas Jenayah Siber memandangkan kedua-dua jawatan kuasa itu mempunyai tugas dan tanggungjawab yang hampir sama.

Beliau berkata anggota bagi jawatankuasa khas berkenaan terdiri daripada pelbagai kementerian dan agensi iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Peguam Negara, Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Polis Diraja Malaysia dan Kementerian Kesihatan. Anggota jawatankuasa tambahan terdiri daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan; Suruhanjaya Sekuriti Malaysia; Bank Negara Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Menurut kenyataan itu, MCMC telah menerima sebanyak 1,792 aduan pada Januari sehingga September tahun ini berbanding 804 aduan awam diterima dalam tempoh yang sama pada tahun lalu. Ini termasuk aduan melibatkan gangguan buli, gangguan seksual, ancaman, tindakan menakut-nakutkan serta penyalahgunaan maklumat, butiran atau gambar peribadi bagi tujuan penganiayaan dan untuk memalukan individu tertentu. Selain itu, MCMC menerima sebanyak 2,047 aduan berkaitan ancaman kepada rangkaian pada Januari hingga Ogos lalu, menurutnya. -- BERNAMA

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill