+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • JELAJAH '0' KILOMETER

    MELAKA, 4 JANUARI 2018 - Bermotosikal dari 0 kilometer ke 0 kilometer, bunyinya agak pelik, tetapi inilah yang dilakukan oleh Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Melaka, Idzham Hadi Sidik apabila menjelajah ke seluruh negara bagi menjejaki batu penanda 0 kilometer. Dari Selatan hinggalah ke Utara Semenanjung Malaysia, Idzham menjelajah Baca selanjutnya
  • IDRIS PUJI RTM MELAKA LAKSANAKAN SIARAN LANGSUNG

    AYER KEROH, 2 DISEMBER 2017- Unit Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron apabila berjaya mengendalikan siaran langsung secara terus ke TV1 dari negeri ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai peralatan penyiaran yang lengkap seperti di Angkasapuri, Baca selanjutnya
  • JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER DITUBUHKAN

    KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2017 - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan bagi membanteras dan menangani jenayah siber di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan dapat diselaraskan Baca selanjutnya
  • HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

    KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

HEBAHAN

 

INSTAGRAM @MELAKAFM

 

IDRIS PUJI RTM MELAKA LAKSANAKAN SIARAN LANGSUNG

AYER KEROH, 2 DISEMBER 2017- Unit Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron apabila berjaya mengendalikan siaran langsung secara terus ke TV1 dari negeri ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai peralatan penyiaran yang lengkap seperti di Angkasapuri, Kuala Lumpur namun unit berkenaan berkemampuan serta berjya membuktikan kebolehan mereka.Idris berkata, ia sekaligus membuktikan bahawa siaran langsung dari RTM negeri mampu setanding dengan siaran secara langsung di Angkasapuri walaupun peralatan yang digunakan sangat terhad. “Selalu kita ada siaran langsung seperti ini, tetapi siaran langsung itu terpaksa menerima kehadiran anggota dan juga peralatan daripada Angkasapuri, mereka bawa turun ke Melaka dengan segala peralatannya dan mereka melaksanakannya.   “Hari ini buat kali pertama di peringkat Negeri Melaka krunya dari penerbit sampailah kepada pengacara adalah orang Melaka, jadi saya rasa  bangga akhirnya ia jadi kenyataan,” katanya.Beliau berkata demikian kepada media selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia yang bersiaran secara langsung dari Rumah Media disini. Tambahnya lagi, usaha yang dilaksanakan itu juga antara lain bagi mencapai aspirasi kerajaan negeri untuk mendigitalkan teknologi dalam memenuhi kehendak dan aspirasi kerajaan negeri dalam apa jua keadaan.

Siaran langsung Selamat Pagi Malaysia berjaya dilaksanakan di Rumah Media Melaka selama dua hari iaitu pada 15 November 2017 (Rabu) bagi tujuan mempromosikan Festival Antarabangsa Sungai Melaka Ke-11 dan 17 November 2017 (Jumaat) Program Gen-Y Green The City Melaka 2017. Sementara itu, Pengarah RTM Melaka, Ibrahim Ismail berkata, unit BES yang terajui oleh Samat Majid yang mempunyai pengalaman luas lebih 30 itu di bahagian Radio dan TV telah berjaya menyahut cabaran Ketua Menteri untuk mengendalikan siaran secara langsung dengan hanya menggunakan peralatan penyiaran yang sedia ada. “Dengan adanya kru atau team siaran langsung yang diwujudkan oleh unit BES Melaka FM ini, ia sekaligus dapat menterjemahkan kehendak kerajaan negeri khasnya,” katanya. Malah, dengan hubungan tenaga kerja yang pakar dan berpengalaman luas serta bantuan daripada pihak teknikal unit berkenaan dapat berkembang luas untuk mengendalikan siaran secara langsung di seluruh negeri ini. “Apa yang dilakukan ini juga jelas menunjukkan bahawa unit BES Melaka FM telah sentiasa siap siaga dalam apa keadaan termasuk di dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill