+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • JELAJAH '0' KILOMETER

    MELAKA, 4 JANUARI 2018 - Bermotosikal dari 0 kilometer ke 0 kilometer, bunyinya agak pelik, tetapi inilah yang dilakukan oleh Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Melaka, Idzham Hadi Sidik apabila menjelajah ke seluruh negara bagi menjejaki batu penanda 0 kilometer. Dari Selatan hinggalah ke Utara Semenanjung Malaysia, Idzham menjelajah Baca selanjutnya
  • IDRIS PUJI RTM MELAKA LAKSANAKAN SIARAN LANGSUNG

    AYER KEROH, 2 DISEMBER 2017- Unit Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron apabila berjaya mengendalikan siaran langsung secara terus ke TV1 dari negeri ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai peralatan penyiaran yang lengkap seperti di Angkasapuri, Baca selanjutnya
  • JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER DITUBUHKAN

    KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2017 - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan bagi membanteras dan menangani jenayah siber di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan dapat diselaraskan Baca selanjutnya
  • HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

    KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

HEBAHAN

 

INSTAGRAM @MELAKAFM

 

JELAJAH '0' KILOMETER

MELAKA, 4 JANUARI 2018 - Bermotosikal dari 0 kilometer ke 0 kilometer, bunyinya agak pelik, tetapi inilah yang dilakukan oleh Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan RTM Melaka, Idzham Hadi Sidik apabila menjelajah ke seluruh negara bagi menjejaki batu penanda 0 kilometer. Dari Selatan hinggalah ke Utara Semenanjung Malaysia,  Idzham menjelajah dengan menunggang skuter berkuasa tinggi dan tidak cukup dengan itu beliau turut ke Sabah bagi memenuhi impian melihat sendiri batu 0 kilometer yang ada di Kota Kinabalu. Idzham mengambil masa tiga hari menunggang skuter ke seluruh Semenanjung Malaysia bermula dari Johor Bahru dan kemudiannya singgah di Tanjung Piai, Pontian sebelum bermalam di Muar untuk menjejaki tiga batu penanda 0 kilometer. Menurut Idzham, maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEN) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) semua batu penanda 0 kilometer terletak berhampiran bangunan Pejabat Pos.
 
Katanya, terdapat tiga batu penanda 0 kilometer di Johor Bahru yang letaknya berdekatan dengan Pejabat Pos, satu daripadanya adalah batu penanda asal manaka dua lagi batu 0 kilometer di bina baru. “Di Johor Bahru ada tiga batu 0 kilometer, manakala di Muar pula terdapat batu 0 kilometer yang asal juga dibina bersebelahan Pejabat Pos Muar,” Katanya yang berjaya menamatkan jelajah “Zero 2 Zero” ke seluruh Semenanjung Malaysia baru-baru ini. Idzham menjelaskan, selain Johor Bahru dan Muar, batu penanda 0 kilometer turut di temui di Tapah Perak, di Alor Star dan Bukit Kayu Hitam Kedah, di Kangar Perlis, di Pengkalan Kubor Kelantan dan di Kuala Lipis Pahang. Katanya, semua batu penanda 0 kilometer itu memang terletak berhampiran dengan pejabat Pos seperti yang dimaklumkan oleh Jupen dan juga JKR, kecuali batu 0 kilometer di Bukit Kayu Hitam yang dibina berhampiran kawasan sempadan Malaysia – Thailand.
 
“Batu penanda 0 kilometer paling cantik dibina adalah di Alor Star berdekatan dengan bulatan Pejabat Pos lama dan Balai Polis Alor Star, tetapi kewujudan batu 0 kilometer ini seperti tidak dipedulikan,” katanya. Menurut Idzham, selain di Semenanjung Malaysia beliau juga telah menjejaki batu 0 kilometer di Kota Kinabalu Sabah yang terletak di hadapan Pejabat Pelancongan Kota Kinabalu. Beliau berkata, setakat ini beliau tidak menemui batu 0 kilometer di Melaka, tetapi melalui maklumat yang diperolehi pengiraan 0 kilometer bagi Bandar Melaka bermula dari pejabat Pos di Banda Hilir (Bangunan Merah). “Saya yakin, jika di Banda Hilir ini dibina batu 0 kilometer, ia akan menjadi salah satu mercu tanda dan daya tarikan pelancong yang baru, pelancong boleh bergambar kenangan di situ seperti yang ada di Indonesia dan beberapa negara Eropah yang mewujudkan Zero kilometer,” katanya. Dalam pada itu, Idzham berkata sepanjang penjelajahan di seluruh Melaka, dia telah  mengesan satu batu penanda di depan pejabat Pos Kuala Sungai Baru yang tidak diletakkan nombor. Menurutnya, satu kilometer sebelum batu penanda yang tidak bernombor itu terdapat batu 1 kilometer dan beliau yakin batu penanda yang terletak berdekatan Pejabat Pos Kuala Sungai Baru itu adalah batu penanda 0 kilometer. “Saya yakin batu penanda di depan Pejabat Pos Kuala Sungai Baru yang tidak diletakkan nombor adalah batu penanda 0 kilometer, jika pihak berwajib meletakkan nombor 0 pada batu itu, saya pasti ia mampu menjadikan kawasan itu lokasi yang unik,” katanya. - MELAKA HARI INI

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill