KUALA LUMPUR, 5 Sept 2019 - Kerjasama Strategik antara RTM dan Persatuan Ejen-Ejen pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) bakal merancakkan promosi destinasi pelancongan di negara ini.

Buat pertama kalinya, RTM membuka ruang pameran serta konsultasi "business to business" di Karnival MATTA bermula esok hingga 8 September 2019 di PWTC.

Presiden MATTA, Datuk Kok Liang Tan berkata RTM merupakan pilihan tepat bagi tujuan promosi destinasi pelancongan menarik di negara ini berikutan memandangkan capaian siarannya mampu menjangkau ke seluruh pelusuk negara.

Pada masa yang sama memudahkan semua agensi pelancongan di bawah MATTA membuat rundingan dan hebahan untuk sebarang pakej promosi pelancongan di RTM.

Usaha ini adalah salah satu usaha RTM menyokong industri pelancongan di Malaysia khasnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 nanti.

Beliau berkata demikian selepas majlis Pra-Pelancaran MATTA Fair di ibu negara.

Tambahnya dengan usahasama RTM dan MATTA, sekaligus membantu meningkatkan ekonomi pengusaha pelancongan tempatan di negara ini.

#BeritaRTM #RTM #Mattafair