“Ini (pengunaan teknologi lain) supaya lebih ramai rakyat mendapat akses kepada perkhidmatan jalur lebar,” katanya sambil menambah pendekatan itu adalah sejajar dengan Wawasan Kemakmuran Bersama 2021-2030.

Gobind berkata, NFCP bertujuan menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi dan mampu milik dan ia sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menggalakkan penglibatan rakyat dan perniagaan dalam membangunkan ekonomi digital di Malaysia sebagai persediaan menghadapi era Revolusi Industri 4.0.

Pada majlis pelancaran NFCP (2019-2023) oleh Timbalan Perdana Menteri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Gobind berkata, pelan tersebut juga dapat mengurangkan jurang digital dan menyediakan persekitaran kondusif bagi penggunaan teknologi baharu seperti 5G. - BENAMA