KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, mengajak industri penyiaran radio tempatan mempromosikan kepelbagaian dan membantu membina negara yang lebih aman dan inklusif.Beliau berkata, langkah itu selari dengan tema sambutan Hari Radio Sedunia 2020 iaitu ‘Radio dan Kepelbagaian’.“Radio amat dekat di hati pendengar.

Tanggungjawab radio dalam menyampaikan agenda nasional dan perpaduan negara melalui dasar kerajaan sangat penting,” katanya dalam laman Facebook rasmi beliau.Gobind berkata, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan menyahut usaha Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dalam memartabatkan industri penyiaran radio, sekali gus meraikan kepelbagaian dalam industri penyiaran radio ini. “Selamat Hari Radio Sedunia,” katanya. – BERNAMA