SIBU, 11 JULAI 2020 - YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia memperkenalkan Logo dan Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 dalam sidang media di Kuching pada akhir rangka lawatan kerjanya ke Sarawak semalam.

Logo berbentuk hati berwarna Jalur Gemilang menjadi pilihan sebagai melambangkan keprihatinan Kerajaan terhadap rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tema ‘Malaysia Prihatin’ membawa pengertian kesepaduan seluruh rakyat Malaysia memerangi COVID-19 tanpa mengira peringkat masyarakat dan kepedulian Kerajaan melalui inisiatif PRIHATIN yang mengutamakan kesejahteraan rakyat.

4 aktiviti utama akan diadakan sempena Bulan Kebangsaan tahun ini iaitu : Sambutan Ulang Tahun ke-50 Rukun Negara (9 Julai - 16 September)
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang (28 Julai), Sambutan Hari Kebangsaan (31 Ogos) dan Sambutan Hari Malaysia (16 September)

Sibu turut diumumkan sebagai lokasi sambutan Hari Malaysia yang bakal diadakan pada 16 September ini.
Terdahulu sebelum itu YB Menteri bersama YB Dato' Sri Dr. Stephen Rundi Anak Utom, Menteri Utiliti Sarawak telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Malaysia di Petra Jaya.