MELAKA, 11 JUN 2017 - Pelbagai pengisian menarik disediakan Stesen Melakafm sepanjang bulan Ramadan ini bagi mendekati peminat dan pendengar setia radio nombor 1 orang Melaka itu. Menurut Ketua Bahagian Rancangan Melakafm, Idzham Hadi Sidek, program yang dilaksanakan secara santai itu turut memberi peluang kepada pendengar Melakafm beramah mesra dengan semua penyampai radio. Katanya, program turut mendapat kerjasama daripada Bahagian Promosi Pelancongan Melaka serta Bahagian Khidmat Masyarakat Jabatan Ketua Menteri Melaka.

Beliau berkata lagi “Sepanjang ramadan ni melakafm telah merancang pelbagai program antaranya berbuka puasa dengan pendegar melaka fm seperti yang kita adakan hari ini, dan program2 lain selepas ini kita akan adakan jelajah Ramadan. Selain itu, program lain kita akan adakan ziarah kasih.”
Sementara itu, pendengar bertuah yang ditemui melahirkan rasa bangga kerana terpilih dalam program berbuka puasa bersama Melakafm. Zainul Bidin Md Taha atau lebih dikenali sebagai Tok Z merupakan pendengar setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak lebih 20 tahun lalu.

katanya ”Pada saya memang berbanyak2 terima kasih lah kerana kakitangan rtm sudi nak datang rumah saya walaupun saya rumah kampung jadi tak lupa juga saya mengucapkan selamat berpuasa semua kakitangan rtm, jadi memang besar hatilah datang rumah saya ni….isi ketupat didalam telaga, nak dibawa ke pasar payang, sungguh hebat radio melaka, memang tiap2 pantun ada dondang saying”. Program berbuka puasa bersama pendengar Melakfm berlangsung sehingga 22 Jun ini di beberapa buah rumah pendengar bertuah sekitar Melaka.