“Silakan...Terpulang kepada mereka untuk menyahut debat berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Khairy hari ini berkata, beliau bersedia menyahut cabaran Tengku Razaleigh untuk berdebat pada bila-bila masa. Ini berikutan tindakan Tengku Razaleigh semalam dalam satu temubual di stesen televisyen swasta yang mencabar Khairy dan Ahmad Zahid untuk berdebat.

Dalam pada itu, Gobind memberitahu, kementerian akan menjalankan audit bebas terhadap dua kumpulan dana yang diuruskan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) iaitu Dana SKMM dan Dana Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Dana USP).Katanya, beliau akan mengumumkan pihak yang akan dilantik menjalankan audit itu iaitu sama ada Jabatan Audit Negara, juruaudit bebas atau pun Jawatankuasa Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Negara yang diketuai Tan Sri Amrin Buang. “Pengauditan ini dibuat berikutan terdapat persoalan oleh beberapa pihak berhubung kedua-dua kumpulan dana ini. Saya akan mengumumkan tentang siapa yang akan audit dan tempoh pengauditan itu selepas ini,” katanya. - UTUSAN ONLINE