Katanya, penjimatan kos itu juga boleh menghasilkan dana tambahan untuk melakukan kerja-kerja inovatif dan pewujudan kandungan moden.“Pelan penggabungan itu adalah antara cadangan yang telah dinilai dalam tempoh enam bulan yang telah diberikan untuk melakukan tranformasi perkhidmatan RTM. Tempoh akhir itu adalah pada Disember ini.

“Jika ia (penggabungan) berlaku, berkemungkinan sektor berita akan disumberkan kepada Bernama dan jika ini dapat dilakukan, kerajaan dapat mengurangkan kos di RTM dan ini bermaksud kerajaan akan dapat mengumpul dana tambahan bagi dibelanjakan untuk kandungan,” katanya seperti dipetik laporan The Malaysian Reserve, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE