BANDAR HILIR, 26 JUN 2019 - Kira - kira 200 pengamal media cetak dan elektronik di negeri ini dirai dalam Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Ketua Menteri bersama media Malam tadi.

Ketua Menteri, Adly Zahari dalam ucapannya mengakui kepentingan media dalam menyampaikan dasar-dasar serta hasrat kerajaan kepada rakyat dengan berkesan.

Malah jelasnya, media merupakan antara tunjang utama kerajaan bagi mengetahui dan memaklumkan mengenai permasalahan rakyat.

Pada majlis itu, turut diadakan sesi dialog antara pengamal media bersama Adly dan Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan negeri, Kerk Chee Yee.

Hadir sama, Yang Dipertua Kelab Media Massa Melaka (KEMM) , Suffian Abu Bakar dan Pengerusi Persatuan Wartawan Melaka (MJA) , Choong Kion Sin.####

(Nurul Ashikin Abdul Halim)