“Saya menjangka CSM-ACE akan terus menjadi platform yang menghubungkan orang-orang dari pelbagai organisasi merentasi sektor dan memperkukuh kolaborasi siber sekuriti bagi menghasilkan pertahanan siber.

“Saya harap acara ini menjadi papan loncatan bagi memupuk dan memperkongsi maklumat,” kata beliau dalam perutusan video yang ditayangkan pada majlis perasmian CSM-ACE ke-11. Acara itu dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi dan Ekonomi Digital), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia Tan Chuan Ou, di sini, semalam. Turut hadir di majlis itu Pengerusi CyberSecurity Malaysia Jeneral Tan Sri Mohd Azumi Mohamed. Acara tersebut akan berakhir pada 27 Sept. -BERNAMA