KUALA LUMPUR 25 Julai 2020 - Pelancaran Saluran Berita RTM oleh YB Menteri di Studio N2, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur pada 25 Jun 2020

YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyempurnakan Pelancaran Saluran Baharu iaitu Saluran Berita RTM di Studio N2, Wisma Berita, Angkasapuri, Kuala Lumpur hari ini.

Saluran Berita RTM boleh ditonton di Myfreeview saluran 123, menawarkan siaran televisyen yang lebih kompetitif bermula tahun 2020.

Saluran Berita RTM diwujudkan khusus yang mendasari berita-berita Utama negara dan seluruh dunia. Ia boleh ditonton menerusi Myfreeview saluran 123.

Bertunjangkan ‘Yang Sahih di Berita RTM’, saluran ini adalah nukleus informasi yang bersiaran 24 jam sehari meliputi pelbagai bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

Turut hadir, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin, Timbalan Menteri KKMM, YBhg. Dato' Suriani Dato' Ahmad, Ketua Setiausaha KKMM, YBrs. Encik Shakib Ahmad Shakir, Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) serta pegawai kementerian, jabatan dan agensi.