Ketua Bahagian Rancangan ja­batan itu, Idzham Hadi Sidik berkata, idea mewujudkan rancangan itu yang diilhamkan beliau sendiri mampu mendekatkan penyiar Melaka FM dengan pe­ndengar setia siaran tersebut yang sentiasa setia memberi sokongan. “Rancangan Sarapan di Ma­na?’ merupakan siaran secara la­ngsung berkonsepkan turun pa­dang dan ia disiarkan secara terus kepada pendengar menerusi laporan oleh penyiar yang bertugas.

“Rancangan pertama yang ber­mula Isnin lalu melibatkan se­buah kedai sarapan yang dinamakan ‘Warung Atas Angin’ di Kandang yang diusahakan oleh tiga beranak dan diasaskan oleh seorang warga emas, Md. Tahat Mat Elah di mana warung ini menyediakan sarapan istimewa iaitu lontong,” katanya ketika ditemui di sini. Selain menu lontong, warung tersebut turut menyediakan pelbagai juadah lain antaranya nasi lemak bungkus, roti canai, mi kari serta kuih-muih.

Md. Tahat, 75, berkata, warung itu dinamakan ‘Warung Atas Angin’ kerana sewaktu mula dibuka, kawasan tersebut dipenuhi semak samun dan hanya warung tersebut yang kelihatan dari jalan utama. Sementara itu, seorang pelanggan setia warung itu, Mohd. Hafiz Ismail berkata, hidangan lontong di warung itu menjadi pilihan sarapannya setiap pagi dan dia menyambut baik langkah Melaka FM mewujudkan program tersebut bagi mendekatkan agensi itu dengan masyarakat.

Idzham berkata, pihaknya sentiasa merangka pelbagai program untuk pendengar agar saluran itu terus diminati dan mendapat tempat dalam kalangan pende­ngar selaras dengan motonya iaitu ‘Pendengar dan Melaka FM berpisah tiada’.“Program baharu yang lain juga sudah dirangka dan keseluruhannya akan bersiaran mulai Mac depan. Siaran Melaka FM boleh diikuti di saluran 102.3 megahertz (Mhz).