KUALA LUMPUR 27 Ogos - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana syarikat telekomunikasi yang masih gagal untuk menyemak semula harga pakej perkhidmatan jalur lebar dan tahap kelajuan internet sebelum 31 Ogos ini.

Setakat hari ini hanya syarikat telekomunikasi Maxis dan Telekom Malaysia (TM) yang mengemukakan harga baharu itu. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berkata, ia adalah berikutan pelaksanaan standard mandatori harga capaian (MSAP) sejak 8 Jun lalu.

“Dalam masa yang sama, perlu ditekankan bahawa kualiti perkhidmatan jalur lebar ini mesti pada tahap tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain diseluruh dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Asia-Pacific Telecommunity (APT) Preparotary Group for Plenipotentiary di sini hari ini.

Persidangan antarabangsa yang dihadiri 22 negara ini berlangsung empat tahun sekali ini bagi membincangkan hala tuju pembangunan telekomunikasi di dunia. - UTUSAN ONLINE