JASIN 8 JAN 2019. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia tekad menyediakan infrastruktur rangkaian jalur lebar berkelajuan tinggi pada harga yang munasabah di seluruh negara.Ianya supaya negara mampu bersaing secara global dalam pelbagai sektor, selain membina jaringan kerjasama yang lebih luas.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, akses internet yang berkualiti, berkelajuan tinggi dan mampu dinikmati semua golongan mampu mengubah kehidupan masyarakat menjadi lebih baik.Katanya, perkembangan internet menjadi watak penting dalam pelbagai sektor terutamanya pendidikan, perniagaan, perubatan dan lain-lain dalam Revolusi Industri 4.0, ia menjadi keutamaan kementeriannya agar rakyat negara ini tidak ketinggalan.

“Kita mahu wujudkan sistem infrastuktur yang kukuh dalam masa terdekat kerana industri seluruh dunia (negara) mengubah pendekatan mereka dalam semua bidang melibatkan teknologi di mana internet memainkan peranan penting.“Masih banyak kerja perlu dilakukan, namun saya yakin pada masa akan datang ia boleh dilakukan, tiada yang mustahil,” katanya.Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Rintis Nasional Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) di padang Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di sini, hari ini.Hadir sama, Exco Komunikasi, Multimedia, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB), Datuk Seri Ir. Azman Mohd. #MelakaKini