Menurutnya, beliau ambil maklum berhubung perkara itu dan menunggu laporan daripada RTM untuk tindakan selanjutnya.

 

“It was raise last night. I had look at it early this morning. I’ve asked RTM to give report to me on it and of course once I have the report I will make what is necessary (Ia diutarakan malam tadi, saya telah melihatnya awal pagi ini.

“Saya telah meminta RTM memberi laporan kepada saya mengenainya dan sudah semestinya sebaik mendapat laporan itu saya akan lakukan apa yang patut),” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan percubaan pertama pasaran Terragraf di Asia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan seorang pembantu menteri yang mendakwa kemungkinan RTM cuba mensabotaj bosnya.

Kenyataan itu dibuat pembantu kepada Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, Lim Swee Kuan, yang mempersoalkan tindakan RTM kerana tidak menyiarkan laporan mengenai menteri itu pada liputan secara langsung sempena sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2019 di Dataran Centrio, Seremban malam tadi. - BERNAMA