KUALA LUMPUR, 27 Mac (Bernama) — Pengemaskinian dan penambahbaikan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 akan dijalankan secara berterusan agar ia terus kekal relevan dan seiring dengan peredaran semasa. Timbalan Komunikasi Dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith memberitahu Dewan Rakyat hari ini, langkah itu bagi memastikan isu-isu khususnya yang menggugat keharmonian kaum dan agama serta hak istimewa Raja-Raja terutamanya yang dimuatnaik di media sosial sentiasa dijaga.
“Kita sangat menitikberatkan keadaan (yang) perlu menghormati fahaman berbeza dalam konteks integrasi nasional selain sentiasa mempertahankan serta meletakkan kedaulatan Raja-Raja Melayu pada satu tempat istimewa, ” katanya. -- BERNAMA