PUTRAJAYA, 21 April (Bernama) -- Orang ramai perlu melihat teknologi mudah alih generasi kelima (5G) dalam membantu kerja mereka dalam kehidupan seharian dan bekerjasama untuk mencapai sesuatu perkara yang lebih baik, kata ketua pegawai digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Gerard Lim. Beliau berkata orang ramai harus meneroka bagaimana teknologi 5G dan aplikasi yang diperkasakan oleh 5G memberi impak kepada kehidupan mereka dan bagaimana rakyat boleh mendapat manfaat daripadanya.Lim berkata MCMC mempertimbangkan untuk menempatkan testbed 5G di kawasan lain selain Putrajaya dan Cyberjaya, contohnya di kawasan pertanian, sambil menambah terdapat pameran mengenai perkara ini akan diadakan pada Oktober.

Ketika ditemui pemberita pada hari terakhir Pameran 5G Malaysia, di sini hari ini, beliau berkata ada kemungkinan pihak berkaitan akan melancarkan infrastruktur 5G tempatan yang kecil dan mengguna pakai aplikasi dalam persekitaran nyata. NLim berkata dapatan itu akan dimasukkan ke dalam laporan akhir oleh pasukan petugas 5G menjelang akhir tahun ini.Pasukan itu yang ditubuhkan pada November tahun lepas bertujuan untuk mengkaji dan mengesyorkan strategi holistik untuk penempatan 5G di Malaysia.

Lim berkata pameran 5G yang berlangsung dari 18 hingga 21 Aprilmendapat sambutan menggalakkan dengan dikunjungi kira-kira 10,000 pelawat, dan kebanyakan mereka teruja dengan kereta panduan sendiri.
"Ia ibaratkan seperti pengalaman seumur hidup untuk mereka dan aplikasi lain dalam hiburan, penjagaan kesihatan, dron dan robotik. Ini kali pertama mereka melihat dan mengalami pengalaman itu,” katanya


-- BERNAMA