Mengenai MELAKAfm


  • Perutusan Pengarah
    Lorem ipsum dolor sit amet timeam deleniti mnesarchum ex sed alii hinc dolores ad cum. Urbanitas similique ex nam paulo temporibus ea vis id odio adhuc nostrum eos.
  • Pengenalan

    Pengenalan

    Radio Malaysia Melakafm (Melakafm) merupakan stesen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dipancarkan ke seluruh negeri Melaka dan kawasan berhampirannya seperti:
    1. Tampin, Palong dan Port Dickson di Negeri Sembilan
    2. Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, sebahagian Kota Tinggi, Pontian Utara dan Johor Bahru Utara/Kulai Utara di Johor
    3. Muadzam Shah di Pahang.

    Radio ini pernah dikenali sebagai Radio Malaysia Melaka,

    Radio 3 Melaka dan Radio Malaya Melaka dan kini, Melakafm bersiaran selama 18 jam sehari bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam dari Jalan Taming Sari, Bandaraya Melaka.

    Peringkat Awal

    Peringkat awal siarannya merupakan siaran tempatan Rangkaian Nasional yang bermula dari jam 8.35 pagi hingga 9 .00 pagi dan 5.10 petang hingga 7.45 malam setiap hari melalui Gelombang AM 1008 khz.

    Pada waktu lain siaran disambung dengan siaran nasional di Kuala Lumpur. Stesen Rangkaian Nasional Melaka juga menyumbang beberapa rancangan peringkat nasional ( Kuala Lumpur) dan siaran daerah yang beribu pejabat di Johor Bahru.

    Antara rancangan yang pernah disumbangkan untuk siaran nasional ialah:
    1. Permintaan Perajurit
    2. Dondang Sayang
    3. Di Pinggir Selat Melaka

    Manakala peringkat siaran daerah kawasan selatan adalah:
    1. Coretan Rasa
    2. Irama Gemalai
    3. Di PinggirSelat Melaka
    4. Permintaan Petang Khamis
    5. Permintaan Dari Teberau ke Kota Melaka [siaran bersama dengan RTM Johor Bahru)
    6. Lagu-lagu dari Filem
    7. Rancangan-rancangan agama
    8. Pancaragam Jemputan
    9. Drama Jejak Langkah
    10. Pahit-pahit Manis dan banyak lagi.

    Siaran AM hanya da pat diikuti dengan jelas di Negeri Melaka, Muar, Port Dickson dan Tampin.

    TAHUN 1986
    Stesen pemancar FM mula beroperasi yang menyebabkan siaran tempatan Melaka menjangkau hingga ke sebahagian besar Negeri Johor seperti Muar, Batu Pahat, Kota Tinggi, Kluang dan Utara daerah Johor Bahru dan Utara daerah Pontian, sebahagian besar Negeri Sembilan dan Pahang Tenggara sehingga menjadi saingan kepada RTM Johor Bahru. RTM Johor Bahru kehilangan sebahagian besar pendengarnya yang telah "lari" ke Melaka.

    TAHUN 1994
    Siaran gelombang AM telah ditutup. Frekuensinya adalah 102.3MHz. Selain itu radio ini juga boleh didengari secara langsung dari internet. Mottonya ialah Mempersonakan. Para pendengar juga boleh menjadi ahli Teman Melaka FM.

  • Sejarah

    TAHUN 1946
    Radio Malaysia Malacca memulakan siaran pertamanya dari Bangunan Stadhuys. Pada mulanya siarannya dipancarkan melalui stesen pemancar berkuasa 25 watt dan siarannya boleh didengari melalui pembesar suara terletak di bandar lama Melaka.

    TAHUN 1948
    Radio Malaya Malacca telah berpindah ke bangunan berkayu di Bandar Hilir manakala Bangunan Stadhuys dijadikan rumah mahkamah. Pada masa itu, sebuah menara pemancar telah terletak di Malacca Straits Inn di Bandar Hilir dengan kuasa 300 watt.

    TAHUN 1964
    Radio Malaysia Melaka berpindah ke bangunan tetapnya di Jalan Mata Kuching (kini Jalan Taming Sari).

    TAHUN 1965
    Bangunan itu secara rasminya dibuka oleh bekas Yang di-Pertua Negeri,

    Tuan Yang Terutama Tun Haji Abdul Malek Yusof, pada 17 Ogos 1965.

    Bangunan baru itu bermakna bermulalah era baru sejarah penyiaran Melaka. Bangunan itu dengan bangganya mempunyai tiga bilik komunikasi, sebuah bilik kawalan tengah, sebuah bilik mesyuarat, sebuah bilik rakaman dan sebuah audiotorium dengan keupayaan 180 penonton. Radio Malaysia Melaka pada satu ketika mempunya 3 Rangkaian iaitu Rangkaian Nasional Siaran Tempatan yang bermula setiap hari dari jam 8.35 pagi-9.00 pagi dan 5.10 petang hingga 7.45 malam. Manakala siaran tempatan Melaka Rangkaian Hijau dari jam 4.30 petang hingga 5.30 petang. Manakala siaran Rangkaian Merah hanya siaran daerah kawasan selatan yang dipancarkan dari studio RTM Johor Bahru. Manakala siaran Rangkaian Biru hanya siaran daerah kawasan selatan di mana dalam seminggu 3 hari siarannya dari Melaka dan 4 hari lagi siarannya dari Johor Bahru. Siaran bermula dari 5.15 hingga 6.30 petang. Siaran daerah bermaksud siaran itu dipancarkan untuk Negeri Johor dan Melaka manakala siaran tempatan merupakan rancangan yang berasingan antara Johor dan Melaka yang mana siaran itu beroperasi dari RTM Melaka untuk negeri Melaka dan RTM Johor Bahru untuk negeri Johor. Walau bagaimanapun sebelum pemancar FM beroperasi siaran tempatan Melaka Rangkaian Nasional hanya boleh diikuti di Melaka, Muar dan Tampin melalui gelombang AM 1008 khz yang berkuasa 10 kilowatt.

    TAHUN 1985
    Apabila pemancar FM mula beroperasi pada tahun 1985 siaran Melaka Rangkaian Nasional sudah menjangkau ke sebahagian besar Negeri Johor dan Negeri Sembilan dan beberapa kawasan di Pahang Tenggara.

    Mulai tahun 1990 semua Rangkaian Hijau dan Biru telah ditamatkan untuk siaran daerah dan tempatan. Semua rancangan disediakan dari Kuala Lumpur.

    TAHUN 1993
    Siaran daerah Rangkaian Nasional Kawasan Selatan sebelah pagi ditamatkan mulai 1 Januari 1986 dan digantikan dengan siaran tempatan dari jam 7.00 pagi hingga 9.00 pagi. Siaran daerah kawasan selatan pada waktu petang telah ditamatkan siarannya mulai 1993 dan hanya siaran tempatan sahaja beroperasi mulai jam 7 pagi hingga 9 pagi dan 3 petang hingga 9 malam.

    Pada tahun 1993 juga Siaran Tempatan tidak lagi berkongsi frekuensi dengan Rangkaian Nasional dan siaran tempatan telah mempunyai gelombangnya sendiri. Radio 1 (rangkaian nasional] 93.6 FM manakala radio 3 Melaka 102.3 FM Pemancar stesen terletak di atas Gunung Ledang di Johor dengan keupayaan kuasa 1 kilowatt. Radio ini bersiaran melalui 102.3 MHz manakala pemancar di Batu Berendam dipancarkan dalam gelombang sederhana 1008 Khz(AM/MW) tetapi telah ditutup mulai 1994.

  • Carta Organisasi

  • Visi dan Misi

    VISI
    Memenangi hati dan pemikiran rakyat melalui perkhidmatan radio dan media baharu.

    MISI
    1. Membentuk masyarakat bermaklumat melalui perkhidmatan radio dan media baharu
    2. Memastikan RTM diyakini dan menjadi media pilihan utama
    3. Membangunkan kandungan berkualiti, kreatif dan inovatif
    4. Memanfaatkan pembangunan infrastruktur penyiaran untuk liputan yang meluas dengan menggunakan teknologi terkini