+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU+++
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next

Cikgu Murni Penyeri Gegau Pagi MelakaFM

18 FEB 2015 - Jika sebelum ini dia sering disifatkan sebagai seorang yang pemalu dan sukar berkata-kata, namun bukan bermakna dirinya sukar untuk didekati. Anak ke dua daripada empat orang adik beradik ini memulakan kerjaya di Melakafm sebagai juruhebah, walau ketika itu ramai kenalan yang seakan tidak mempercayai kemampuannya. “Memang ramai yang tidak percaya saya menjadi DJ kerana sejak kecil saya boleh dikatakan susah bercakap dan bersuara. Mungkin kerana saya agak pemalu hingga ada saudara mara yang ingat saya bisu ketika kecil. Namun sebenarnya saya seorang yang suka berceloteh sekiranya sudah mengenali seseorang itu. Kadang-kadang sampai tak boleh diam pula, “katanya sambil tergelak kecil.  Murni Safinaz Abu Salim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Murni di siaran radio Melakafm menjadikan kerjayanya sebagai suatu platform untuknya melatih diri menjadi lebih bijak berkata-kata di samping menambah ilmu pengetahuan. Malah, katanya lagi, hubungan yang terjalin antara setiap juruhebah dan pendengar membuatkan dirinya lebih gigih meneruskan kerjaya itu.

Murni turut memberitahu, ikatan ukhuwah yang terjalin antara juruhebah dan pendengar bukan sekadar di siaran radio sahaja malahan hubungan itu kekal selamanya. Dibesarkan di Melaka menjadikan Murni peka terhadap cara percakapan dan budi bahasa serta budi bicara warga Melaka yang sering dikata-kan kasar apabila berkata-kata, namun mempunyai hati yang baik. Dengan cara itu, lebih mudah baginya mendekati pendengar Melakafm yang cukup terkenal dengan sikap peramah. Murni berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang kewangan di salah sebuah universiti swasta di Muadzam Shah, Pahang. Walaupun sebelum ini pernah bekerja di dalam bidang kewangan, namun minatnya yang mendalam terhadap dunia penyiaran mendorong Murni untuk mencuba bakatnya apabila Melakafm membuka peluang mencari bakat baru. “Saya anggap ia sebagai satu rezeki kerana bidang penyiaran bukan bidang yang saya pelajari. Namun, saya bersyukur kerana terpilih dan diberi peluang untuk belajar dan mengembangkan apa yang saya minati,” katanya. Sejak berkhidmat pada Disember 2013, pada mulanya Murni memulakan siaran sebagai DJ bagi segmen malam di mana ketika itu siaran malam lebih tertumpu ke-pada golongan remaja. Walaupun ketika itu sering pulang lewat malam dengan menaiki motosikal, namun minat yang mendalam tidak pernah melemahkan semangat untuk terus bekerja dan bertemu pendengar me-lalui siaran radio. Kini Murni mula dikenali sebagai Cikgu Murni melalui segmen Gegau Pagi, bergandingan bersama Asrul Edzuandy atau lebih dikenali sebagai Dak Asrul setiap Isnin hingga Rabu jam 6 hingga 10 pagi.  Ujarnya, segmen Gegau Pagi lebih tertumpu kepada golongan bekerja yang ingin mendapatkan pelbagai informasi di sekitar negeri Melaka dan juga pendengar dari golongan usia 30-an ke atas. “Walaupun agak sukar kerana saya perlu membiasakan diri dengan berceloteh sambil memberikan maklumat untuk pendengar, namun itulah yang dikatakan sebagai cabaran seorang DJ di Melakafm. “Kami bukan sahaja berbicara kosong malah sebaik mungkin kami memberikan maklumat di samping mengeratkan hubungan dengan pendengar. Apa yang lebih menyeronokkan adalah rakan-rakan DJ lain yang sering membantu dan memberi tunjuk ajar memandangkan saya masih dikira sebagai junior,” ujarnya sambil tersenyum. Selain segmen Gegau Pagi, Murni juga turut mengendalikan rancangan Seharum Kasturi terbitan Shofiah Sufi di dalam segmen HITS MFM pada setiap hari Sabtu jam 10.15 pagi, rancangan ini khas buat semua pendengar wanita yang ingin mendapatkan pelbagai tips untuk wanita, kisah-kisah wanita dan juga pelbagai isu tentang perasaan wanita yang adakalanya sukar difahami kaum lelaki. Rancangan ini bukan sahaja menjadi rancangan yang dinantikan pendengar-pendengar wanita malahan ramai juga pendengar setia dari kaum lelaki. Pada hari Ahad jam 5.15 petang pula Murni akan mengendalikan rancangan Lembayung Selat Melaka di mana dia bergandingan dengan DJ Amy, seorang DJ yang sudah mempunyai pengalaman lama di dalam bidang ini. Katanya, Lembayung Selat Melaka adalah sebuah rancangan yang disiarkan khas buat pendengar Melakafm yang ingin menyampaikan khabar dan ucapan buat pendengar di seberang Selat Melaka terutamanya di Kepulauan Riau yang kebanyakan dari mereka mendengarkan siaran radio Melakafm. Melakafm sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan pendengar Melakafm di Malaysia dengan pendengarpendengar di sana. Bercerita mengenai pengalaman manis, gadis berusia 26 tahun ini yang juga meminati buku-buku mistik memberitahu bahawa Melakafm terlalu banyak memberi kenangan manis kerana mengajarnya menjadi lebih dewasa dan bijak berkata-kata kerana perlu berhadapan dengan tetamu dari pelbagai golongan. Malah katanya lagi, mengenali pendengar dari pelbagai usia membuatkan dia semakin bersemangat meneruskan kerjaya yang diminati ini di samping bersyukur dipertemukan dengan rakan setugas yang sering membantu untuk memperbaiki diri. “Keluarga adalah pembakar semangat untuk saya meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran ini. Malah, ibu ayah saya adalah pengkritik utama setiap kali saya ke udara kerana kata mereka kita perlu sentiasa belajar dari kesilapan.  “Saya akan meneruskan kerjaya berpegangkan prinsip ibu ayah yang diajar kepada saya dan adik beradik yang lain iaitu dalam kehidupan ini walau setinggi mana kedudukan kita, jagalah budi bahasa kerana budi bahasa tidak akan pernah dapat dibeli di mana-mana,” katanya mengakhiri perbualan.

Ramalan Cuaca

Undi

Pendapat anda mengenai laman web ini?

kurang menarik - 24.5%
sangat menarik dan berinformasi - 18.3%
menarik - 55.2%

MelakaFM Online

Juruhebah MelakaFM

  • amy.png
  • asrul.png
  • azizi.png
  • daim.png
  • elfie.png
  • izad.png
  • jeed.png
  • murni.png
  • rose.png
  • sofia.png
  • sopie.png

TV Streaming

Berita MelakaFM

Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun"

18 MAC - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud menyempurnakan Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun" di Kompleks Japerun Tanjung ...

Baca seterusnya

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan”

18 MAC - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan” bagi jentera-jentera yang terdapat di kilang ...

Baca seterusnya

Bangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu

18 MAC - Kerajaan Negeri Melaka bercadang membangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu di negeri ini.

Demikian kata Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, ...

Baca seterusnya

Pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit

18 MAC - Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit yang bermula sejak dua minggu lalu.

Apapun, kaedah pembayaran cukai pendapatan yang ...

Baca seterusnya

Pautan Agensi & Web

Laporan Khas

Statistik Pelawat

00527957
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Hari
14
140
1456
525572
3661
3295
527957
IP Anda: 68.180.230.121
Server Time: 2017-02-27 01:53:04

Galeri Peristiwa Terkini

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka.
Tel: 06-2832314 / 06-2832315  Faks: 06-2832073 / Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.