+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU+++
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next

Idris Puji Inisatif Nilai Tambah MelakaFM

23 FEB 2015 - Kerajaan negeri menghargai usaha yang dijalankan oleh Radio No. 1 Orang Melaka, Melaka FM dalam merealisasikan aspirasi kerajaan negeri untuk membangun bersama rakyat membina satu rumpun bangsa yang mempunyai minda kelas pertama. Ketua Menteri, Datuk Seri Ir. Idris Haron berkata, langkah dan pembaharuan yang dilakukan oleh Melaka FM melalui siaran dan rancangan yang penerbitannya itu bukan sahaja dapat membentuk minda masyarakat malah dapat meningkat nilai tambah pembangunan rakyat yang terdiri pelbagai latar belakang dan adat budaya. Beliau memberitahu, Melaka FM membuka ruang dan peluang rakyat di negeri ini mendekati dan menghayati apa yang dimanifestasikan oleh kerajaan negeri terhadap rakyat Melaka untuk Melaka Maju Fasa II. Katanya, inisiatif Pengarah RTM Melaka, Ibrahim Ismail untuk menjadikan Melaka FM sebuah stesen penyiaran 1 Malaysia jelas menunjukkan bahawa walaupun dulunya stesen ini hanya dapat diikuti oleh masyarakat majmuk berketurunan Melayu tetapi kini semua bangsa di negeri ini boleh ikuti siaran Melaka FM kerana telah ada rancangan-rancangan melibatkan mereka.

Perkembangan terkini apa yang berlaku di negeri ini sentiasa dilaporkan melalui berita TV dan Radio serta Buletin Melaka FM yang ke udara setiap hari pukul 12 tengah hari dan 10 malam di samping berita 7.30 pagi dan 4.30 petang. "Melaka FM menjadi mata dan telinga kerajaan negeri untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada arus pembangunan masyarakat di negeri ini selaras dengan misi dan visi Melaka Maju Fasa II," ujarnya selepas menjadi tetamu segmen Gegau Melaka FM, barubaru ini. Sementara itu Ibrahim memberitahu, Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob telah meletakkan empat teras utama yang perlu dilakukan oleh Stesen Radio Melaka FM Radio Nombor 1 Orang Melaka. Katanya, pada kunjungan hormat di Istana Melaka baru-baru ini, Mohd. Khalil meminta stesen itu memberi fokus kepada mutu siaran terutama program-program yang diudarakan mestilah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri. Pada pertemuan berkenaan, Ibrahim memberitahu, Yang di-Pertua Negeri berharap komunikasi dua hala di dalam penyiaran perlu diberi perhatian agar tidak tersasar dari aspek menyebarluaskan mesej kerajaan negeri kepada khalayak. Katanya lagi, Mohd. Khalil juga memberi pandangan supaya program yang dikendalikan tidak hanya tertumpu kepada sesuatu kaum sahaja, ia perlu di perluaskan kepada kaum-kaum lain yang terdapat di negeri ini agar penyampaian kerajaan sampai kepada kumpulan sasaran pendengar yang berbilang kaum. Dalam masa yang sama stesen itu juga perlu memberi fokus kepada generasi Y agar golongan itu dapat menyuarakan suara hati melalui program-program yang dibentuk. Ibrahim berkata, sejak beliau memegang jawatan sebagai Pengarah stesen itu Januari lalu, banyak program telah dirombak dan menjadi keutamaan stesen berkenaan memberi laluan kepada program multiracial antaranya Program Belajar Bahasa/Portugis/ India/China dan Inggeris di samping lagu-lagu hiburan berbilang kaum. Manakala bagi generasi Y, katanya, stesen itu telah pun mewujudkan program IM4U menyajikan berbagai info di samping menyiarkan lagu-lagu kegemaran mereka. Bagi membantu industri Pelancongan pula disiarkan program berbahasa Inggeris My Destination ke udara setiap hari Isnin dari jam 9.15 malam hingga 10 malam. "Cadangan dan Pandangan dari TYT Tun Mohd. Khalil memberi rangsangan terbaik untuk stesen itu terus menjadi pilihan orang Melaka melalui gelombang 102.3 FM," ujar Ibrahim.

Ramalan Cuaca

Undi

Pendapat anda mengenai laman web ini?

kurang menarik - 24.5%
sangat menarik dan berinformasi - 18.3%
menarik - 55.2%

MelakaFM Online

Juruhebah MelakaFM

  • amy.png
  • asrul.png
  • azizi.png
  • daim.png
  • elfie.png
  • izad.png
  • jeed.png
  • murni.png
  • rose.png
  • sofia.png
  • sopie.png

TV Streaming

Berita MelakaFM

Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun"

18 MAC - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud menyempurnakan Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun" di Kompleks Japerun Tanjung ...

Baca seterusnya

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan”

18 MAC - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan” bagi jentera-jentera yang terdapat di kilang ...

Baca seterusnya

Bangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu

18 MAC - Kerajaan Negeri Melaka bercadang membangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu di negeri ini.

Demikian kata Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, ...

Baca seterusnya

Pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit

18 MAC - Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit yang bermula sejak dua minggu lalu.

Apapun, kaedah pembayaran cukai pendapatan yang ...

Baca seterusnya

Pautan Agensi & Web

Laporan Khas

Statistik Pelawat

00541562
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Hari
23
113
1693
537698
23
7252
541562
IP Anda: 54.198.190.185
Server Time: 2017-05-01 04:11:04

Galeri Peristiwa Terkini

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka.
Tel: 06-2832314 / 06-2832315  Faks: 06-2832073 / Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.