+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU+++
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next

Tagline baru Melaka FM

23 FEB 2015 - Sejajar dengan kedatangan 2015, Melaka FM tampil memperkenalkan tagline “Radio Nombor 1 Orang Melaka” bagi memesrakan lagi stesen itu untuk semua lapisan rakyat tanpa mengira kaum di negeri itu.Pengarah Penyiaran Melaka, Ibrahim Ismail berkata, peng­gunaan tagline itu bertujuan mendekatkan lagi stesen itu dengan pendekatan lebih mesra kepada rakyat Melaka.“Ia bagi merealisasikan pe­nyampaian maklumat yang lebih tepat kepada kumpulan sasaran bukan saja melalui komunikasi dua hala malah mengunakan Interaktif­ Media.

Pendengar bukan saja boleh mengikuti siaran Melaka FM melalui frekuensi 102.3 FM malah siarannya boleh dilayari melalui Website Melaka FM di melakafm.rtm.gov.my.“Dalam tahun ini juga, pelbagai bentuk program baru bukan saja dibuat secara langsung di bilik hubungan, bahkan terdapat juga program berbentuk rakaman diterbitkan bagi menepati selera pendengar, selain hiburan semasa dan terkini,” katanya.Menurutnya, peminat drama yang menggunakan dialek orang Melaka lama berjudul Pedas, Pedas Asam Pedas terbitan Daim ­Zainuddin, boleh mengikuti siarannya setiap Rabu, jam 5.15 petang, manakala siaran ulangannya pada Ahad jam 12.15 tengah hari.Program pembelajaran, Belajar Bahasa pertuturankaum yang terdapat di Melaka boleh diikuti setiap hari Rabu jam 3 hingga 4 petang.“Buat masa ini slot itu menampilkan Marina Danker dari masyarakat Portugis. Saya sendiri menerbitkan Program Pelanco­ngan dalam Bahasa Ing­geris berjudul “Malacca My Destination” yang bersiaran malam Isnin bermula jam 9.15 hingga 10 malam.“Kami juga melihat kepentingan merapatkan hubungan dua negara Malaysia - Indonesia menerusi program berjudul 'Lembayung Selat Melaka' yang bersiaran pada jam 5.15 petang hingga 6 petang ­setiap Ahad.“Di samping menyiarkan lagu berirama Melayu Riau di Malaysia, program ini juga menyiarkan lagu dari kepulauan Riau,”katanya.Lembayung Selat Melaka diterbitkan Penyiar IKON Melaka FM, Amitahb Hasan (DJ Amy). Kandungannya memberi laluan ucapan daripada pendengar ke dua-dua negara sambil bertukar-tukar maklumat seperti mencari kenalan lama, makanan, masakan dan budaya antara dua benua.Program Bersama Pemimpin Kawasan pula rancangan berbentuk temu bual iaitu perhubungan dua hala antara rakyat di kawasan yang diwakili mereka. Wakil Rakyat diundang secara langsung di Studio Melaka FM bagi membincangkan permasalahan atau pembangunan yang dihadapi di kawasan berkenaan.Untuk kanak-kanak pula, diterbitkan program “Celoteh Kak Anje” yang bersiaran pada Sabtu jam 11 pagi selama sejam terbitan Sofia Sofi, manakala “Gegau Melaka FM” yang dikendalikan oleh dua pe­nyampai, bersiaran setiap hari jam 6 pagi hingga 10 pagi.Program lain ialah “CEO Usahawan” (setiap Jumaat, jam 9.15 malam hingga 10.00 malam terbitan Azrul Edzuandi), 'Interaktif Agama' (terbitan Azizi Sharil Abd Razak yang bersiaran pada Khamis dan Jumaat jam 6 petang hing­ga 6.45 petang), Buletin Melaka FM (setiap hari jam 12 tengah hari kecuali Jumaat bersiaran jam 12.30 tengah hari dan jam 10 malam) dan “Dari Studio Muzik” (terbitan Ketua Kombo Melaka FM, Hasri Hasan setiap Ahad minggu kedua dan minggu keempat jam 3 hingga 4 petang).

Ramalan Cuaca

Undi

Pendapat anda mengenai laman web ini?

kurang menarik - 24.5%
sangat menarik dan berinformasi - 18.3%
menarik - 55.2%

MelakaFM Online

Juruhebah MelakaFM

  • amy.png
  • asrul.png
  • azizi.png
  • daim.png
  • elfie.png
  • izad.png
  • jeed.png
  • murni.png
  • rose.png
  • sofia.png
  • sopie.png

TV Streaming

Berita MelakaFM

Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun"

18 MAC - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud menyempurnakan Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun" di Kompleks Japerun Tanjung ...

Baca seterusnya

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan”

18 MAC - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan” bagi jentera-jentera yang terdapat di kilang ...

Baca seterusnya

Bangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu

18 MAC - Kerajaan Negeri Melaka bercadang membangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu di negeri ini.

Demikian kata Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, ...

Baca seterusnya

Pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit

18 MAC - Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit yang bermula sejak dua minggu lalu.

Apapun, kaedah pembayaran cukai pendapatan yang ...

Baca seterusnya

Pautan Agensi & Web

Laporan Khas

Statistik Pelawat

00532536
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Hari
124
339
1007
529973
4121
4119
532536
IP Anda: 54.211.27.195
Server Time: 2017-03-23 06:07:34

Galeri Peristiwa Terkini

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka.
Tel: 06-2832314 / 06-2832315  Faks: 06-2832073 / Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.