+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA NEGERIKU SAYANG NEGERI BANDAR TEKNOLOGI HIJAU+++
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
  • image
Previous Next

Deejay Otai OKU Tongggak Kejayaan

26 FEB 2015 - Memiliki suara emas merupakan satu anugerah yang amat bermakna buat Amitahb Hasan atau Deejay Amy. Suaranya yang serak serak basah menjadikannya salah satu penyampai radio kegemaran pendengar radio Melaka FM. Setiap butir perkataan yang dikeluarkan mempunyai makna yang mendalam dan meninggalkan kesan di hati pendengar setianya.
Anak ketiga dari empat adik beradik ini memulakan kerjaya sebagai penyampai radio di Melaka FM pada tahun 2005 apabila RTM Melaka membuka peluang untuk mencari penyampai radio baru.
Kini, Anak jati Melaka ini telah berkhidmat di Melaka FM hampir 10 tahun. Sebagai “orang lama” beliau telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan dalam bidang penyiaran. Katanya, rintangan dan dugaan itulah yang membuatkannya lebih dewasa dan matang dalam menghadapi sebarang kemungkinan di masa depan.
Bercerita mengenai pengalaman hidup beliau sebelum menjadi penyampai radio, beliau tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam bidang penyiaran. Sebelum bergelar penyampai radio beliau hanyalah melakukan kerja-kerja kampung. Semasa zaman persekolahannya, beliau sibuk bekerja untuk menolong keluarganya yang mengalami kekangan wang.

Bapa saudaranya, Allahyarham Razali Sudin atau lebih mesra disapa “Busu” yang merupakan seorang yang cacat penglihatan dan mempunyai kerjaya seorang deejay di majlis perkahwinan telah menyuntik semangatnya yang dilahirkan sempurna tanpa sebarang kecacatan untuk menjadi seorang penyampai radio yang berjaya.
Usahanya dan berkat kesabaran serta kegigihannya dalam menuntut ilmu penyiaran dari Busu membuahkan hasil apabila memulakan kerjayanya sebagai seorang deejay di majlis perkahwinan pada tahun 1993. Dalam masa yang sama beliau tetap membuat kerja-kerja kampung serta menjadi deejay separuh masa di beberapa pasaraya.
Beralih kepada kejayaannya sepanjang berkhidmat di RTM ialah beliau telah berjaya menerbitkan beberapa konsert besar seperti Konsert Aidilfitri , Konset Gegau , Konsert Seloka Aidilfitri pada tahun 2014.
Selain itu, beliau juga menerima undangan sebagai pengacara undangan di beberapa majlis formal Kerajaan Negeri Melaka dan mengacarakan beberapa konsert seperti Blues Buat Teman pada tahun 2013 yang menampilkan artis ternama serta beberapa konsert di Hard Rock Cafe Melaka.

Jika ingin mendengar suara gemersiknya, DJ Amy akan bersiaran setiap hari Isnin dari pukul 2 hingga 6 petang dalam segmen Santai Ceria. Menerusi segmen ini, anda boleh mendengar celoteh DJ Amy berdondang sayang bersama tetamu khas yang diundang bermula pukul 3 hingga 4 petang.
DJ Amy turut mengendalikan segmen Seleksi MFM yang bersiaran pada Rabu hingga jumaat yang bermula pukul 6 petang hingga 9 malam. Setiap khamis dan jumaat pula , segmen Interaktif Agama yang akan membincangkan hal hal mengenai kekeluargaan Islam dan Fardhu Kifayah bermula jam 6 hingga 6.45 petang dan anda akan dihiburkan dengan alunan lagu 80-an & 90-an.
Pada hari Ahad pula, bermula pukul 5.15 petang, DJ Amy akan bersiaran dalam segmen Lembayung Selat Melaka bersama DJ Murni, seorang DJ baru yang mempunyai bakat besar dalam bidang penyiaran.
Segmen ini adalah sebuah rancangan khas buat pendengar setia Melaka FM bertanyakan khabar dan menyampaikan ucapan buat pendengar di seberang Selat Melaka terutamanya Kepulaun Riau yang kebanyakan dari mereka mendengarkan siaran Melaka FM,
Selain itu, rancangan ini sebagai penghubung komunikasi yang dapat mengeratkan silaturrahim antara pendengar-pendengar radio setia Melaka FM.
DJ Amy sempat berkongsikan antara kenangan manisnya sepanjang menaburkan khidmatnya di radio Melaka FM apabila DJ Amy dikerumi oleh ramai pendengar untuk mengambil gambar sempena Melaka FM mengadakan Mesra Melaka FM Bersama Pendengar di Bengkalis, Indonesia.
Bercerita mengenai masa depannya pula , Beliau ingin menerbitkan Konsert Anak-Anak Melaka yang mengumpulkan artis-artis kelahiran negeri Melaka sebagai perancangan kerja akan datang.
“Isteri saya, Syarifah Nor Aisyah serta dua putera menjadi pembakar semangat untuk dalam meneruskan kerjaya dalam bidang penyiaran ini dan merekalah orang sentiasa berada disamping saya dalam masa susah dan senang”. Katanya mengakhiri perbualan. Kepada yang ingin mengenali DJ Amy dengan lebih dekat boleh ke facebook dan instagram beliau iaitu Amy Rock Klasik.

Ramalan Cuaca

Undi

Pendapat anda mengenai laman web ini?

kurang menarik - 24.5%
sangat menarik dan berinformasi - 18.3%
menarik - 55.2%

MelakaFM Online

Juruhebah MelakaFM

  • amy.png
  • asrul.png
  • azizi.png
  • daim.png
  • elfie.png
  • izad.png
  • jeed.png
  • murni.png
  • rose.png
  • sofia.png
  • sopie.png

TV Streaming

Berita MelakaFM

Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun"

18 MAC - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Bidara, Md Rawi Mahmud menyempurnakan Majlis Penutup Program Riadah "Team Basikal Sambil Mencari Harta Karun" di Kompleks Japerun Tanjung ...

Baca seterusnya

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan”

18 MAC - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka menyeru semua pemilik jentera perkilangan mendapatkan “Sijil Kelayakan” bagi jentera-jentera yang terdapat di kilang ...

Baca seterusnya

Bangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu

18 MAC - Kerajaan Negeri Melaka bercadang membangunkan perkampungan Jawa dan Bugis sebagai produk pelancongan baharu di negeri ini.

Demikian kata Timbalan Exco Pelancongan, Pembangunan Sungai, ...

Baca seterusnya

Pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit

18 MAC - Masih terlalu awal untuk menilai keberkesanan pengenalan pembayaran cukai melalui kad kredit yang bermula sejak dua minggu lalu.

Apapun, kaedah pembayaran cukai pendapatan yang ...

Baca seterusnya

Pautan Agensi & Web

Laporan Khas

Statistik Pelawat

00553448
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Hari
155
320
1493
550330
5698
6211
553448
IP Anda: 66.249.79.12
Server Time: 2017-06-23 11:42:19

Galeri Peristiwa Terkini

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka.
Tel: 06-2832314 / 06-2832315  Faks: 06-2832073 / Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.