Perutusan Pengarah

 

 

 

PERUTUSAN PENGARAH PENYIARAN NEGERI MELAKA.

 

 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Salam 1 Malaysia.
Salam Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka 750 tahun.
Berkat, Tepat, Cepat.

 

 

Selamat datang ke laman rasmi MELAKAFM. Saluran yang mempesonakan anda, bersiaran selama 18 jam sehari bersama para pendengar dengan hiburan penuh informasi dan menerusi laman ini, anda dapat mengetahui pelbagai informasi terkini berkaitan program-program yang ke udara di Melakafm, pelbagai aktiviti radio bermula dari jam 6.00 pagi sehingga 12.00 tengah malam bersiaran dari Jalan Taming Sari, Bandaraya Melaka.


Memperkasakan Dunia Penyiaran Secara Kreatif dan Inovatif, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sudah 69 tahun usianya. Sebagaimana yang kita maklum, peranan kita untuk memberi maklumat, mendidik dan menghibur sekian lama telah kita kecapi. Lantaran itu kita semua harus bersedia berubah ke arah pencapaian dan hasil yang lebih menguntungkan selaras dengan Pelan Transformasi Kerajaan yang diterajui kerajaan pada masa ini.


Radio Malaysia Melaka (Melakafm) merupakan stesen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang dipancarkan ke seluruh negeri Melaka dan kawasan berhampirannya seperti Tampin, Palong dan Port Dickson di Negeri Sembilan. Muar, Batu Pahat, Kluang, Segamat, sebahagian Kota Tinggi, Pontian Utara dan Johor Bahru Utara/Kulai Utara di Johor dan Muadzam Shah di Pahang. Radio ini pernah dikenali sebagai Radio Malaysia Melaka, Radio 3 Melaka dan Radio Malaya Melaka dan kini, Melakafm.


Kami bukan ke mari untuk undur, istirehat atau santai. Kami di sini untuk mencari jalan bagaimana Radio Malaysia Melakafm boleh muncul sebagai sebuah stesen terunggul. Di sini kami menggabungkan hiburan dan informasi untuk anda. Ini termasuk pelbagai aktiviti dan program anjuran Melakafm dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka, Jabatan dan Agensi Persekutuan Negeri Melaka.
Jadikanlah laman ini sebagai wadah mengenali Melaka FM dengan lebih dekat agar kemesraan di antara kita akan terus mekar dan mengharum.


Akhir kata saya mengalu-alukan anda semua untuk berganding bahu dengan Melakafm dengan memberikan input serta teguran yang membina. Sebarang cadangan dan pandangan positif boleh dikemukakan bagi memantapkan lagi stesen radio Melakafm.

 

Wasalam

Haji Ibrahim Bin Haji Ismail

Pengarah Penyiaran Melaka

 

 

 

Hak Cipta Terpelihara © 2012 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka
Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768
Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka.
Tel: 06-2832314 / 06-2832315  Faks: 06-2832073 / Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.