+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • IDRIS PUJI RTM MELAKA LAKSANAKAN SIARAN LANGSUNG

    AYER KEROH, 2 DISEMBER 2017- Unit Berita Hal Ehwal Semasa (BES), Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka mendapat pengiktirafan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron apabila berjaya mengendalikan siaran langsung secara terus ke TV1 dari negeri ini. Katanya, walaupun tidak mempunyai peralatan penyiaran yang lengkap seperti di Angkasapuri, Baca selanjutnya
  • JAWATANKUASA KHAS JENAYAH SIBER DITUBUHKAN

    KUALA LUMPUR, 20 NOVEMBER 2017 - Jawatankuasa Khas Jenayah Siber telah ditubuhkan bagi membanteras dan menangani jenayah siber di negara ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak yang mempengerusikan jawatankuasa khas itu berkata ia perlu agar tindakan penguatkuasaan kesalahan jenayah siber seperti siasatan dan pendakwaan dapat diselaraskan Baca selanjutnya
  • HEBAHAN CUACA LEBIH KERAP SEBAGAI PERSEDIAAN BANJIR

    KUALA LUMPUR, 7 NOVEMBER 2017 - Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan meningkatkan kekerapan hebahan maklumat mengenai keadaan cuaca bagi membolehkan rakyat bersedia menghadapi banjir. Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata hebahan tersebut akan dibuat melalui platform kementerian itu termasuk media arus perdana dan media sosial dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Baca selanjutnya
  • RAKYAT PERLU TOLAK BERITA PALSU

    KUANTAN, 5 NOVEMBER2017 - Kerajaan memandang serius penularan dan penyebaran berita palsu yang tidak mempunyai integriti sekali gus menjadikannya satu cabaran dalam mengatasinya. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata, kerjasama rapat antara agensi berita berkaitan diyakini dapat menangkis dan menghalang sebarang perbuatan penyebaran terutama fitnah daripada Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13
  • 14
  • 15
  • 16

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

BERITA MELAKAFM - 5 DISEMBER 2017 

HEBAHAN

 

INSTAGRAM @MELAKAFM

 

RTM PENYIAR RASMI SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

KUALA LUMPUR, 13 APRIL 2017 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) menerusi TV1 dan TV2 bermula pada 19 hingga  30 Ogos depan. Temasya kali ini menyaksikan Kuala Lumpur selaku tuan rumah, bakal menerima kunjungan atlet dari 10 negara anggot ASEAN yang akan beraksi dalam 405 acara daripada 38 jenis sukan dipertandingkan. Menurut satu kenyataan akhbar semalam, RTM akan bersiaran secara langsung setiap hari sepanjang KL2017.

Liputan berkenaan termasuk siaran langsung bagi acara pembukaan rasmi, diikuti sesi pagi bermula  pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari; sesi petang pada pukul 2 hingga 5 petang; versi bahasa Inggeris pada pukul 5.30 hingga 7.30 malam dan sesi malam bermula pada pukul 10.30 hingga 12.30 tengah malam. Sementara itu, radio Nasional Fm dilantik sebagai radio rasmi temasya sukan dwitahunan itu yang akan menyampaikan liputan menyeluruh sepanjang SKL2017 berlangsung manakala KLFM, TraxxFM, MinnalFM,  AiFM dan AsyikFM turut serta dalam menyampaikan maklumat dan perkembangan terkini  sukan tersebut.

Enam pengulas sukan telah dipilih untuk mengendalikan siaran langsung tersebut iaitu Azlan Mubin, Izwan Mohd. Nor, Rasdi jumaat, Wan Nazrul Aisham, Nazrie Fahmi dan Jeed Zulkifli. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak turut mengumumkan RTM sebagai hos Penyiar Sukan SEA 2017. Ini merupakan kali kedua Malaysia menjadi  tuan rumah Sukan SEA selepas 2001, yang menyaksikan Malaysia muncul juara keseluruhan dengan III pingat emas, 75 perak dan 85 gangsa.  -  Bernama

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill