+++SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI MELAKAFM+++MELAKA MAJU NEGERIKU SAYANG FASA II+++BERKAT, TEPAT, CEPAT+++
  • PROGRAM SEMARAK IMARAH RAMADAN KOLEJ COSMOPOINT MELAKA BERSAMA MELAKAFM

    MELAKA, 14 JUN 2017 - MelakaFM bersama Kolej Cosmopoint Melaka mengagihkan seribu bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hang Tuah. Program berkenaan bersempena Program Semarak Imarah Ramadan Memasak dan Mengagih Bubur Lambuk anjuran kolej berkenaan bersama MelakaFM. Ketua Eksekutif Kolej Cosmopoint Melaka, Mazvin Jahabardeen berkata program tersebut Baca selanjutnya
  • RTM SEDIA 67 PROGRAM SEMPENA AIDILFITRI

    KUALA LUMPUR, 13 JUN 2017 - Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyediakan sebanyak 67 program eksklusif bagi menyemarakkan Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Bertemakan "Sucikan Hati, Salam Aidilfitri", saluran TV1 akan menyiarkan sebanyak 45 program manakala TV2 dan TVi masing-masing menjanjikan 15 dan tujuh program istimewa. RTM dalam kenyataan hari Baca selanjutnya
  • MELAKAFM BERBUKA PUASA

    MELAKA, 11 JUN 2017 - Pelbagai pengisian menarik disediakan Stesen Melakafm sepanjang bulan Ramadan ini bagi mendekati peminat dan pendengar setia radio nombor 1 orang Melaka itu. Menurut Ketua Bahagian Rancangan Melakafm, Idzham Hadi Sidek, program yang dilaksanakan secara santai itu turut memberi peluang kepada pendengar Melakafm beramah mesra dengan semua Baca selanjutnya
  • PM LANCAR TELEVISYEN TERESTIAL DIGITAL MYFREEVIEW

    KUALA LUMPUR, 6 JUN 2017 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan televisyen terestrial digital, myFreeview. Pelancaran myFreeview menandakan bermulanya era siaran terestrial digital mengantikan siaran terestrial analog. Serentak itu, Najib turut mengumunkan penambahan pemberian percuma dekoder myFreeview dari 2 juta kepada 4.2 juta. Decoder berkenaan berharga Baca selanjutnya
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
  • 6
  • 7
  • 8
  • 9
  • 10
  • 11
  • 12
  • 13

RADIO DALAM TALIAN 

BULETIN MELAKAFM - 6 JUN 2017 

BERITA MELAKAFM - 6 JUN 2017 

HEBAHAN

 

SEGMEN RADIO

  • GEGAU PAGI 6.00-10.00 PAGI

    GEGAU PAGI 6.00-10.00 PAGI

    Gegau Pagi anda di ceriakan dengan penyampai Radio MelakaFM iaitu DJ Amy, DJ murni atau lebih dikenali sebagai Cikgu Murni
  • AM 10 SATU 10.00 PAGI-1.00 TENGAHARI

    AM 10 SATU 10.00 PAGI-1.00 TENGAHARI

    AM10satu bersama Penyampai radio MelakaFM iaitu DJ Izad bermula jam 10pagi sehingga 1petang disikan dengan temu-ramah bersama jabatan di negeri
  • PM SATU 5 1.00-5.00 PETANG

    PM SATU 5 1.00-5.00 PETANG

    PM SATU 5 bersama DJ DAIM melengkapi hari anda dari jam 1 sehingga jam 5 petang.
  • MFM 5 LAPAN 5.00 PETANG-8.00 MALAM

    MFM 5 LAPAN 5.00 PETANG-8.00 MALAM

    MFM 5 LAPAN anda bermula jam 5 petang sehingga 8 bersama DJ Azizi disertakan program program seperti Travel Log Pelancongan
  • HITS 8.00-12.00 MALAM

    HITS 8.00-12.00 MALAM

    Temani malam anda bersama DJ Peai,DJ Muzz dan juga Fazz di Segmen Hits bermula jam 8 malam sehingga 12malam di
  • BULETIN & BERITA MELAKAFM

    BULETIN & BERITA MELAKAFM

    Dengarkan Berita dari dalam dan luar negara di Radio Melaka FM yang menyiarkan maklumat berfaedah ,Tepat,Cepat dan Sahih setiap hari

INSTAGRAM @MELAKAFM

PROGRAM SEMARAK IMARAH RAMADAN KOLEJ COSMOPOINT MELAKA BERSAMA MELAKAFM

MELAKA, 14 JUN 2017 - MelakaFM bersama Kolej Cosmopoint Melaka mengagihkan seribu bungkus bubur lambuk kepada pengguna jalan raya di sekitar Jalan Hang Tuah. Program berkenaan bersempena Program Semarak Imarah Ramadan Memasak dan Mengagih Bubur Lambuk anjuran kolej berkenaan bersama MelakaFM.

Ketua Eksekutif Kolej Cosmopoint Melaka, Mazvin Jahabardeen berkata program tersebut julung kali diadakan kolej berkenaan bersama MelakaFM. Beliau berkata, ia bagi mengeratkan lagi hubungan pelajar dan institusi berkenaan seterusnya memberi pendedahan kepada pelajar berkenaan dunia penyiaran. Hadir merasmikan program berkenaan Pengarah Jabatan Penyiaran Melaka, Ibrahim Ismail.

Dalam pada itu, Ibrahim berkata, program tersebut perlu diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama antara MelakaFM dan Kolej Cosmopoint. Kira-kira 100 peserta terdiri daripada pelajar Kolej Cosmopoint dan kakitangan MelakaFM bersama-sama memeriahkan program berkenaan dengan mengacau dan mengagihkan bubur lambuk kepada pengguna jalan raya.

Hak Cipta Terpelihara © 2017 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Paparan terbaik menggunakan IE versi 8.0 ke atas atau Firefox 3.0 ke atas dengan resolusi minima 1024 x 768 Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka, Jalan Taming Sari,75614 Melaka. Tel: 06-2832314 / 06-2832315 Faks: 06-2832073 / Emel: rtmmlk@rtm.gov.my

Register at Bookmaker William Hill