KEMASUKAN PELAJAR PENGAJIAN DIPLOMA SESI MEI 2017 MAAHAD TAHFIZ MASJID SAYYIDINA ALI (JAIM)
Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Agama Islam Melaka dengan kerjasama Darul Quran, Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) akan memulakan pengambilan bagi kemasukan pelajar Pengajian Diploma Sesi Akademik Mei 2017 bermula dari tarikh keputusan SPM diumumkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi: 06-2314240 - Maahad Tahfiz Al Quran Masid Sayyidina Ali


RANCANGAN "TUMIT TINGGI"
Saksikan "Tumit Tinggi" program yang memaparkan mengenai pelbagai isu berkaitan wanita yang menyentuh tentang aspek kejayaan, permasalahan gaya hidup. Akan mula disiarkan pada 9 April 2017, setiap hari Ahad jam 12.05 tengahari di TV1 dan TVi setiap Sabtu bermula 15 April 2017 jam 11.00 pagi.


PENGAMBILAN PELAJAR BARU MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL QIRAAT ADDIN
KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT



LARANGAN PEMBAKARAN TERBUKA
Jabatan Alam Sekitar telah mengaktifkan "Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Peringkat Negeri Melaka" dengan pelaksanaan penguatkuasaan ke atas aktiviti-aktiviti pembakaran terbuka terutamanya bagi aktiviti kormesial seperti di kawasan perindustrian, pembinaan, perladangan, pelupusan sisa pepejal dan sebagainya.
Sekiranya disabitkan kesalahan Pembakaran Terbuka, boleh dikenakan tindakan dibawah Seksyen 29A(2) atau 29B, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 iaitu kompaun tidak melebihi RM 2'000 bagi setiap longgakan kebakaran dan denda tidak melebihi RM 500'000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.