SEGMEN


Gegau Pagi MELAKAfm

Segmen Gegau Pagi 6-10

Gegau Pagi MELAKAfm menceriakan pagi anda dengan celoteh-celoteh penyampai radio MELAKAfm bermula 6 pagi sehingga 10 pagi.
Topik pagi yang akan menyegaukan setiap pagi anda. Juga boleh berinteraksi bersama mereka menerusi talian konti MELAKAfm dan nombor whatsapp MELAKAfm.
Untuk hari jumaat pula, lebih kepada bicara keagamaan.

Gegau Pagi MELAKAfm Isnin & Selasa : DJ Dak Asrul

Gegau Pagi MELAKAfm Rabu : DJ Mel

Gegau Pagi MELAKAfm Khamis & Jumaat : DJ Chegu Murni

Pesona 10-2

Pesona Mfm 10-2 memberikan anda peluang untuk berikan ucapan kepada orang yang tersayang dan juga boleh minta lagu menerusi ruangan “Laguku Untukmu”, bermula jam 11 pagi. 

Juga diisikan dengan “Dialog 1:30” temuramah bersama Jabatan Kerajaan dan Agensi-agensi berkaitan dengan memfokuskan topik-topik situasi semasa.

Untuk hari jumaat pula, lebih kepada rancangan keagamaan seperti "Mutiara Ilmu, Fiqh Nisa dan Dari Kamar Syariah".

Pesona Mfm 10-2 Isnin : DJ Pooja Revathi

Pesona Mfm 10-2 Selasa : DJ Daim

Pesona Mfm 10-2 Rabu & Khamis : DJ Yat Melati

Pesona Mfm 10-2 Jumaat : DJ Si Rubi

 

 

Panorama 2-5

Panorama 2-5 bersama dengan anda bermula jam 2 hingga 5 petang.
Lebih santai untuk menghiburkan anda dengan lagu lagu yang terbaik.
“Pilihan lagu-lagu antarabangsa” jam 3 petang, Isnin dengan memainkan lagu-lagu antarabangsa sahaja.
Hari Selasa kita ada "Apa citerr??” jam 3 petang, dengan berkongsi mengenai info-info
yang menarik.

Pendengar juga akan menikmati keindahan warisan budaya negeri Melaka menerusi “Dondang Sayang” jam 3 petang, Rabu dan “Persada Pantun” jam 3 petang, Khamis.
Untuk hari jumaat pula, lebih kepada rancangan keagamaan menerusi “Secangkir Bicara : Biar santai janji sampai” & “Nurul Quran”

Panorama 2-5 Isnin : DJ Chot

Panorama 2-5 Selasa : DJ Rai

Panorama 2-5 Rabu : DJ Daim

Panorama 2-5 Khamis : DJ Azizi Shahril

Panorama 2-5 Jumaat : DJ Sofea Sufi

 

Santai Mfm 5-8

Santai Mfm 5-8 menceriakan petang anda dengan berinteraksi dengan penyampai MELAKAfm
menerusi telefon atau whatsapp.
“Dimensi 60 an” setiap isnin akan bersama dengan anda.
“Salam Lantera pula menghiasi petang selasa. Pada petang rabu, “Lagu & Kenangan” dan
khamis “Pilihanku Kuasa Dua”.
Hari jumaat pula, rancangan “Lakhobar (Belajar Bahasa Arab bersama Peai)”
menghiasi petang jumaat. Turut disikan rancangan tetap Permata Hati.

 

Santai Mfm 5-8 Isnin : DJ Azizi Shahril

Santai Mfm 5-8 Selasa : DJ Sofea Sufi

Santai Mfm 5-8 Rabu : DJ Fazz

Santai Mfm 5-8 Khamis : DJ Rai

Santai Mfm 5-8 Jumaat : DJ Mel

 

 

Relaks Mfm 8-12

Malam anda dihiburkan dengan seleksi lagu yang terbaik menerusi Relaks Mfm 8-12.  "Janji Rock"
bersama DJ Izad menghangatkan malam Isnin anda. "Salam Namaste" pula menemui anda setiap Selasa
dengan seleksi lagu-lagu bollywood dan hindustan."Layan Muzik" pula akan menghiburkan
malam Rabu dengan Santai Buskers dan juga Dari Studio Muzik. Seleksi lagu-lagu ketuhanan melayari Khamis malam Jumaat anda. Dan, "Malam Bunga-Bunga Cinta" bersama DJ Fazz menanti anda setiap Jumaat malam Sabtu.

Relaks Mfm 8-12 Isnin : DJ Izad

Relaks Mfm 8-12  Selasa : DJ Pooja

Relaks Mfm 8-12  Rabu : DJ Aboy

Relaks Mfm 8-12  Khamis : DJ Izad

Relaks Mfm 8-12 Jumaat : DJ Fazz

 

 

 

Hujung Minggu MELAKAfm

Hujung Minggu MELAKAfm bersiaran 6 jam dengan 3 DJ setiap segmen. Hujung Minggu MELAKAfm lebih santai dengan seleksi lagu-lagu yang akan menemani sepanjang hujung minggu anda. Setiap sabtu pagi,
rancangan stesen serentak "Yok Donga Be" akan menemani pagi anda dengan gabungan JOHORfm & NEGERIfm
Jam 3 petang Sabtu, "Lagenda Pilihan" bersama Chegu Murni dengan mengimbau zaman
kegemilangan personaliti otai dan legend. Jam 3 petang Ahad pula, "Waronk Dangdut" akan melayani
hujung minggu anda dengan seleksi lagu-lagu dangdut.
Jam 5 petang, "Hello-Hello MELAKAfm" memberi peluang untuk anda sampaikan ucapan hujung minggu dan permintaan lagu. Disebelah malam, "Kaunter Artis" bersama DJ Aboy dan DJ Chot
artis undangan terpilih.



Hujung Minggu Mfm : DJ Aboy, DJ Rai, DJ Chegu Murni, DJ Fazz & DJ Chot.